Sunday, October 20, 2013

Throwback 29062013

Hello! Rasanya dah terlalu lama sangat tak meng"update" blog ni. Rasa macam tak cukup masa plus dah berkurun tak on laptop. Hihi. Selalu guna phone so nak ber"blog" pon malas sebab skrin tak sebesar laptop and tak rasa puas bila ber"blog" guna phone. Haaa so bila berkesempatan dan ada kerajinan baru la dapat update macam hari ni =)
Ok so entry ni throwback to 29062013. Kenangan buat aku & dia. Even dah berkurun bulan pun moment tu still segar dalam ingatan. Orang kata macam semalam la. Haha. Have a few pictures to share here!


Ni cincin waktu merisik 08062013. During the risik merisik day ni, bincang la segalanya. So bila bertunang tu tak banyak soal jawab sangat sebab semuanya dah terjawab during risik day. Dalam masa 3 minggu lepas merisik ni kena buat preparation untuk bertunang. Tak ke pecah kepala nak fikir semua benda. Ni baru bertunang. Belum majlis lagi. But alhamdulillah semua berjalan smoothly. Thanks sangat pada semua yang bertungkus lumus dalam majlis pertunangan ni.


Ni la dia cincin pertunangan. Cantik sangat. Nak dijadikan cerita, cincin merisik + bertunang ni kami tak cari sama-sama pun. Tak tau pun rupa bentuk cincin-cincin ni. Tapi nasib baik aku ni jenis tak kisah. Asalkan dia ikhlas ye tak? Pada hari merisik dan hari bertunang la baru aku tengok rupa cincin tu. Haha. Pandai jugak cik abang ni pilih. 


Alhamdulillah..... Officially I'm engaged! Ketaq bak hang time ni. Tuhan je yang tau perasaan gelabah aku time ni. Kena la control ayu sebab depan orang ramai kan. Haha! Dah la tak selalu duduk bersimpul. Nampak sangat pelik cara duduk aku ni. Hihi. Maluu. 


Tadaaaaaaa! He is my fiance! After 3 years 1 month 24 days, we decide to engage and 29062013 is the date!


Hehe. Nak jugak picture sendiri. Thanks to my photographer + my cousin. Really appreciate!


With his family. Masa ni rombongannya semua tengah menjamu selera. So adik beradik jela. Thanks for coming! =) My family, biasa la busy layan tetamu. Jadinya, picture with them tak sempattt. =(

***Pelamin and hantaran by my sister
***Photographer by my cousin
***Catering by my mom's friends tak ingat apa nama =)
***Kemas mengemas by my family
***Thanks a lot to all of them!
^_^





No comments:

Post a Comment

L.O.V.E