Tuesday, March 6, 2012

HoneyMoon

Ehh ehh rasanya dah boleh pasang impian nak pergi honeymoon kat mana kot? Haha. Impian je tak pe kan. Tak salah pun. Nak merealisasikan impian tu kena ambil masa yang agakkkkkk lama dan panjang. Yela kena fikir juga tahun bila kau nak kahwin. Kalau 3,4 tahun lagi insyaallah impian tu boleh dicapai lagi. Kalau nak kahwin tahun depan, impian nak pegi honeymoon nun jauh di sana, memang kena bertungkus lumus kumpul duit la. Mana nak kumpul untuk kenduri, untuk honeymoon kat nun jauh di sana lagi kan. Lain la kalau kau kahwin dengan anak dato', tan sri, jutawan, artis kaya, petikk jari je duit sekelepuk datang. Leh pegi honeymoon nun jauh di sana tu. Kan..Insyaallah rezeki tu ada kat mana-mana. Tapi make sure all the rezeki yang datang tu dari sumber yang halal. Nak bagi anak bini suami makan. Masuk perut. So biar la datang dari sumber yg diredhaiNya. 

Ok now aku nak cerita pasal honeymoon. Actually tak fikir pun nak pegi honeymoon kat mana. Almaklum la kahwin pun tak tahu lagi bila. Huhu. But!! Tetiba tadi aku tengok 1 cerita kat channel mana entah, cerita pasal Korea! And aku tertarik pada JEJU ISLAND!! OMG. Teruja kejap. Tapi aku pelik. Padahal sebelum ni kalau tengok cerita Korea, ada je Jeju Island tu. Tak pulak aku kisah. Tapi sekarang teruja lain macam. Rasa nak bertapak kat Jeju Island tu membuak-buak pulak. Dah mula fikir and kira-kira kalau nak pergi sana berapa kos dia. hahaha. Gila la aku ni. tapi serius teringin nak pegi :) So kepada encik Bakal Suami sila la kumpul duit untuk ke Jeju Island. hehehehe. hahaha. Botak la kepala encik bakal suami aku nanti kan. But, aku boleh kumpul duit sendiri la kalau nak pegi sangat. Tak kan nak harap kat encik bakal suami pulak kan. Kesian mereka-mereka kalau kita berharap kat mereka-mereka je. So that's why la aku target 3,4 tahun from now. Tak pun 2,3 years from now pun ok jugak kot. :) Ok dah boleh set la. Kos berapa then sebulan kena simpan duit berapa untuk pegi Jeju Island. Bukan Jeju Island je, sekitarnya sekali la kan. KOREA!! :)


**Location Jeju Island**
source: pacik Google :)


Ni la yang pacik Google tunjukkan bila aku request nak picture Jeju Island. Betul la ni sebab dalam cerita yang aku tengok tu pun ada tunjuk kawasan macam ni :) CANTIK! Laut biru gituuu

Kalau tak dapat pegi Jeju Island, second place aku nak pegi LONDON CITY!! :) Wahh demand la aku ni. Hehe. Dah kata impian. Kalau impian, kita bebas nak mengimpikan apa-apa pun. Then try to laksanakan impian tu. Kannnn.


Cantiknyaa bridge ni. Kalau dalam gambar dah cantik, can you imagine, bila kita sendiri ada kat tempat tu. Fuhhh! Tak berkelip mata wa cakap sama lu.



P/S: Ok sekian saja post untuk kali ni. Ingat! Pasang la impian dari sekarang and try to realisasikan impian korang tu. :) 

No comments:

Post a Comment

L.O.V.E