Friday, January 20, 2012

Biar Mimpi Sampai Ke Bintang

Holla! Ok actually cerita Biar Mimpi Sampai Ke Bintang ni dah pernah ditayangkan di Astro Ria. Ok aku dah ketinggalan zaman untuk cerita ni. Orang dah sampai ke bintang aku baru nak pasang mimpi. Haha. Biasa la duduk kat hutan Muadzam Shah tu. Astro tak de kat rumah. Kalau nak tengok Astro kena turun bilik TV. Kalau la aku ni seorang yang rajin turun even rumah tingkat 1, bilik TV ground floor :) Kalau tanya pasal cerita Nora Elena, Tentang Dhia ok la aku memang update sebab TV3 kat rumah aku leh la tengok. Hihi. 

Ok tak nak story about channel pun. Nak story about Biar Mimpi Sampai Ke Bintang. Hero dia Randy Pangalila seorang jejaka kacak from Indonesia. Siapa tak kenal kan. Dah banyak cerita aku tengok dia ni berlakon. But minat biasa je. Tapi bila tengok dia berlakon dalam cerita BMSKB ni, AWESOME!! Dia sangat sweet!!! Fall in love with him kejap! Kejap je, tak boleh lama-lama sebab hati ni dah dimiliki. Haha! :) Heroin dia si budak comel itu Elfira Loy. Dia memang comel and cantik. 

Cerita ni kelaka+sweet+romantik! Memang aku tergelak besar jugak la bila tengok cerita ni. Teringin nak lelaki yang sweet macam tu. Errr Aroo sweet jugak la tapi Tak boleh kalahkan Randy Pangalila ni. Hahahahak. Kalau Aroo baca mesti dia nak lawan! Hihi. Tapi anda tetap di hati saya, Aroo :)

Ok scene yang aku suka dalam cerita ni. Hmmm.. Scene yang mana erk. Scene kelakar time Andy bawa Alya dengan kawan dia yang sengal tu balik rumah mak Yam. Sangat kelakar time tu. :) Cerita ni sangat best la.. Tengok banyak kali pun tak jemu. :)


No comments:

Post a Comment

L.O.V.E