Monday, January 30, 2012

Final Semester Begin!

Selama tiga minggu cuti semester. Duduk kat rumah, bangun tido, mandi, pergi tadika ambik anak buah, balik rumah then memasak, makan, kemas rumah, tengok tv, settle anak buah semua, keluar habiskan duit, jalan-jalan buang masa, cuci mata, blaa bla.. Ni la rutin harian tiga minggu aku. Then today sekelip mata je dah sampai kat MUADZAM SHAH yang aman damai permai. Rasa macam baru je semalam bersuka-ria kat bandar tup tup hari ni ehhh dah sampai hutan. Haii haii haii.. Apakan daya. Berat kaki melangkah.. :) Suddenly teringat "ehh last sem la" so happy tetiba. Hehe. Ohh aku dah last semester la sekarang ni. Dah super senior rupanya. Kejap je hampir 4 tahun aku bertapak as a student kat UNITEN Muadzam Shah ni. Dah alami perit hidup susah, senang, sedih, gembira kat negeri orang ni. Jauh dari keluarga, jauh dari entertainment.. Semuanya akan berakhir this early May :)

Final semester. New semester. New hope. New spirit. Mengharapkan kejayaan dalam bidang yang aku ceburi ni. Mengharapkan segala penat lelah berbaloi dengan sebuah kejayaan. Alhamdulillah aku dah hampir mencapai apa yang aku impikan selama ni. Insyaallah. Semoga Allah permudahkan urusan aku di akhir semester ni. Syukur alhamdulillah aku dapat apa yang di target semester lepas. And harap dapat maintain untuk this last semester. So, kena study kuat lagi lagi dan lagi. Lupakan semua untuk seketika kot. 4 bulan je bukan lama pun kan. :) 

Sentiasa berpegang pada kata-kata ni : Never consider the possibility of failure; as long as you persist, you will be successful - Brian Tracy

Saturday, January 28, 2012

No title

Ahaaa ni bermaksud no idea to put a title :)
So just put >>> No Title <<< hihihihi
Ok lately ni aku suka sangat buka blog seseorang ni. Bila baca setiap inci ayat, setiap post rasa tenang and dapat sedikit ilmu, semangat and banyak lagi. Dapat la aku tambah sedikit sebanyak ilmu yang kurang ni. Seriously seronok la baca blog beliau. Dah la comel, cantik, sopan lagi tu. Anugerah Allah memang tiada tandingan.Sangatttt teruja lah! Haaa tengok tu. Betapa bestnya aku baca blog beliau ni. :) Salah satu ayat yang aku terbaca dan tersimpan dalam hati ni :) >>> Don't compare your life to others'. You have no idea what their JOURNEY is all about <<<
Think about it! Ayat ni memang betul dan tersangat betul. Setiap orang ada JOURNEY mereka tersendiri. So no need to compare with others. Kita tak tahu future nanti macam mana. Just live in your own way. Remember that!
Heeee dari tadi tak bagitau pun kan blog siapa yang aku suka singgah lately ni. Si cantik dan manis ni adalah.......................
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Jum kita sama-sama cari sedikit ilmu kat blog ni.. :)

Friday, January 20, 2012

;)


Yes I'am! :)

Biar Mimpi Sampai Ke Bintang

Holla! Ok actually cerita Biar Mimpi Sampai Ke Bintang ni dah pernah ditayangkan di Astro Ria. Ok aku dah ketinggalan zaman untuk cerita ni. Orang dah sampai ke bintang aku baru nak pasang mimpi. Haha. Biasa la duduk kat hutan Muadzam Shah tu. Astro tak de kat rumah. Kalau nak tengok Astro kena turun bilik TV. Kalau la aku ni seorang yang rajin turun even rumah tingkat 1, bilik TV ground floor :) Kalau tanya pasal cerita Nora Elena, Tentang Dhia ok la aku memang update sebab TV3 kat rumah aku leh la tengok. Hihi. 

Ok tak nak story about channel pun. Nak story about Biar Mimpi Sampai Ke Bintang. Hero dia Randy Pangalila seorang jejaka kacak from Indonesia. Siapa tak kenal kan. Dah banyak cerita aku tengok dia ni berlakon. But minat biasa je. Tapi bila tengok dia berlakon dalam cerita BMSKB ni, AWESOME!! Dia sangat sweet!!! Fall in love with him kejap! Kejap je, tak boleh lama-lama sebab hati ni dah dimiliki. Haha! :) Heroin dia si budak comel itu Elfira Loy. Dia memang comel and cantik. 

Cerita ni kelaka+sweet+romantik! Memang aku tergelak besar jugak la bila tengok cerita ni. Teringin nak lelaki yang sweet macam tu. Errr Aroo sweet jugak la tapi Tak boleh kalahkan Randy Pangalila ni. Hahahahak. Kalau Aroo baca mesti dia nak lawan! Hihi. Tapi anda tetap di hati saya, Aroo :)

Ok scene yang aku suka dalam cerita ni. Hmmm.. Scene yang mana erk. Scene kelakar time Andy bawa Alya dengan kawan dia yang sengal tu balik rumah mak Yam. Sangat kelakar time tu. :) Cerita ni sangat best la.. Tengok banyak kali pun tak jemu. :)


Thursday, January 19, 2012

Delete, Delete & Delete Lagi

Post ni tak de kena mengena dengan blog pun. Hihi :). But it's all about MukaBuku. Hari ni aku menDELETE mereka, mereka dan mereka yang tersangat annoying di MukaBuku ni. Kalau sekali sekala nak mengAnnoyingkn diri tu tak salah. But ni dalam sehari ada 24 jam, aku rasa mereka, mereka dan mereka ni gunakan masa 17jam untuk mengAnnoyingkan diri. Another 7 jam tu mereka, mereka dan mereka tidur+makan kot. Haha. Semak la pulak kepala aku bila baca setiap inci status mereka, mereka dan mereka ni. Bukan jealous. Nak jealous ape hal nya sebab setiap status mereka, mereka dan mereka tu seolah mereka adalah hot stuff. Hello. Kau tak sedar ke kau ni tersangat annoying. Haaa macam tu la. Lagipun tak de effect pun mereka, mereka dan mereka tu dalam friends list aku. Bukannya kenal pun. May be dulu aku jenis main approve je sapa-sapa kot. haha. Salah sendiri kan :) Sekarang aman la sikit bila dah tak da lagi mereka yang annoying tu. Dalam proses nak mencari si annoying seterusnya. :)

Wednesday, January 18, 2012

Kawan Itu Anugerah

Hellooo! Evening! Ehh cepat je masa berlalu. Dah petang pun. Rasa macam baru je bangun tidur pagi tadi. Ok straight to the point. Actually nak bercerita tentang sahabat a.k.a Ain Raus! Ni link blog ain http://ainraus.blogspot.com/

Even though baru je kenal tapi rasa dah macam kenal lama. Tapi baru tak la baru pun. Dekat setahun juga la kami kenal. Bermula kat MukaBuku tu la. Hihi.. Thanks to Aroo sebab kalau aku tak kenal Aroo aku tak kan kenal ain :) Nasib kami berdua sama. Orang tersayang jauh di tengah laut. So ni la yang special Ain ni. Aku faham apa yang Ain rasa and Ain pun faham apa yang aku rasa. Maybe sebab tu kami boleh masuk together. Haaa lagi 1 thanks kat Ain sebab ajar aku makan Tutti Frutti. Errr aku agak kuno sikit sebab tak pernah rasa lagi benda ni. Hahaha! So first time Ain yang bawa. Ok lepas ni leh la pegi lagi sebab aku dah taw macam mana. Haha. Maluu siot. Tapi ok la kan. Kalau tak belaja mana nak taw. So dah belajar sikit next time xla malu lagi. Hakhakhak.

Cik Ain ni baik. Kitorang tak cerewet and dua-dua jenis tak kisah ape pun. Means tak kisah makan kat mana, tengok wayang cerita apa, nak keluar pergi mana. Semua berjalan dengan lancar. Nak berkaraoke tapi tak de rezeki la pulak. Sampai tempat karaoke tu dah tutup. Baru nak melalak sesama. Before ni tengok wayang cerita hantu. Cerita Sesuatu Yang Tertinggal. Yang kelakarnya aku dengan Ain penakut sikit kalau tengok cerita hantu. Mata mesti kena tutup sikit. Hihi. Tapi tetap nak tengok. :)

Sangat senang kawan dengana Ain. So lepas ni kalau ada apa-apa yang nak diluahkan tentang Encik Sailor tu boleh la kami share together. Sebab masing-masing memahami. :)
Thanks Ain! Thanks for being my friends. :)

Heart is never deceive

^_*

Tuesday, January 17, 2012

All About Life


Agree with this!  Love the people treat you right. Menyayangi orang yang sayang kita dan memaafkan orang yang melukakan hati kita. Itu lebih baik daripada berdendam dan bermusuh. Memaafkan amat susah. Tapi kita sebagai manusia tak lepas daripada membuat kesilapan. Why not maafkan those yang dah buat kesilapan kat kita. Sedangkan Allah mengampunkan hambaNya, inikan pula manusia. Lumrah kehidupan. Bila kita dah memaafkan seseorang tu kita akan rasa tenang je jiwa ni. Sebab tak ada lagi perasaan dendam, benci membenci semua tak ada dah. So teruskan kehidupan dengan aman dan tenteram. :) 

Orang yang dah buat kesalahan tu sure akan mengaku dan akan say sorry pada orang yang terluka. So, tak ada kes rugi, menyesal, sebab setiap yang berlaku tu ada hikmah disebaliknya. Mungkin Allah sekadar nak menguji kesabaran hambaNya dalam mengharungi pahit manis kehidupan.

Happy Birthday To Me :)

16 Januari 2012 genap umur aku 22 tahun. Woww dah meningkat dewasa, dewasa dan dewasa. Huhu. Tak la dewasa sangat tapi dewasa la juga. :) Thanks for family members, friends and orang yang nun jauh for birthday wish. Tiada apa yang lebih bermakna bagi diri seseorang selain daripada ucapan from orang sekeliling. Dan yang paling terharu dapat wish from orang yang jauh tu. Thanks dear.. Even dia jauh but dia tetap ingat my birthday. Really appreciate it! Bila umur dah 22 tahun ni mesti orang kaitkan dengan KAWIN!! Especially my mum. Tak boleh lupa bila mak cakap ni dah 22 tahun. So, 23 tahun nanti kahwin la ye. :) Mak, anak mak ni muda lagi taw. Banyak lagi impian yang nak dicapai. Hehe. Mak dah bersedia nk terima menantu baru ke? :) 2,3 tahun lagi Insyaallah kalau dah sampai seru akan dilaksanakan la hajat mak tu. Orang cakap percakapan ibu tu 1 doa. *_^ dan yang paling penting mak selalu doakan aku dapat kerja yang baik dan dipanjangkan umur. Amin. Mudah-mudahan segala percakapan mak ni akan menjadi kenyataan. ambil berkat daripada apa yang ibu kita cakapkan. :) syukur alhamdulillah because Tuhan masih bagi aku peluang untuk hidup di dunia ni. Masih diberi peluang untuk mencapai cita-cita and matlamat hidup. :) 

Friday, January 13, 2012

Feelings Can't Be Cheated


Agree?? Yess I super duper agree with this words! Meaningful kan? Aku ada pengalaman. Hehe. Dulu aku tak nak mengaku dengan apa yang aku rasa. But at last! Aku tak dapat tipu diri aku sendiri. Hihi. Konon tak nak dah rasa macam tu. Tapi tak dapat nak mengelak. Dah datang, nak buat macam mana. Selagi Tuhan kurniakan kita rasa ingin menyayangi dan disayangi, nobody can stop that feeling. Just terima dengan hati yang terbuka and redha dengan segala yang dah ditentukan :) Berdoa dan terus berdoa semoga kebahagiaan tu akan jadi milik kita. Alhamdulillah, now I get what I want and hopefully it will long lasting. Amin!

I'm So Glad I Have You!


P/S: special thanks for those make my life meaningful! I'm so glad because all people around me make my life complete! >>> Family, Friends, Him, ! :)

Thursday, January 12, 2012

Bersawang

Adoii rasa macam dah bersawang pulak blog aku ni. Mana tak nya, dah berapa lama guna design macam ni. Baru-baru ni just tukar fonts je.. Nak tukar design malas la. Lagipun aku tak kretif :( setakat tepek sana sini aku reti la. Haha! So, how? Hmmm. Bila entah nak tukar. Esok, lusa, tulat. Sekarang tengah cuti sem kan. So anytime leh tukar kalau aku rajin.But..... Aku malas laaaaaaaaaaa! Susah la kalau penyakit malas ni dah datang. Penyakit yang tak de ubat. Apa nak jadi la dengan aku ni ^_^ sikap malas ni dah sebati dalam diri. Lebih-lebih lagi kalau cuti. Memang mntak membesarkan badan jela. Haha.. Esok nak usha design blog la :)

Friday, January 6, 2012

Love Is Great!


Love is great when you get what you want. Love is great when a person that you love also love you. Love is great when someone always thinking of you. Love is great when you know how to appreciate it!

Thursday, January 5, 2012

1 Year & 8 Months!

OMG hampir terlupa hari ni monthlyversary with aroO! huhu. busy final exam. suddenly tengok date 5.1.2012 la pulak. :) Happy MonthlyVersary dear!

Monday, January 2, 2012

Beginning of 2012

Orang seronok-seronok celebrate new year kat luar aku seronok sambut new year dengan buku kat dalam bilik. Huuuuuuu. Sedih. But tak pe la. Tahun ni je. Kalau dipanjangkan umur tahun depan leh la celebrate new year macam before ni. Tapi celebrate ape je. Tengok firework jela. Nak kata lepak dengan member time new year sampai 2,3 pagi memang bukan aku la. Huu. At least nak keluar dari muadzam ni if new year kan. Tak nak la terperok dalam bilik. Hmmm. Nasib badan la. Beginning 2012 dengan buku la. 

Lagi satu nak cerita sini. Aku geli hati la baca komen someone ni. Hmm. Umur tak tahu la berapa tapi rasanya kategori 20+ jugak la. Yang penting older than me :) Tapi berkomen dah macam budak sekolah rendah je. Hihi. Jahat la aku ketawakan orang. Tapi memang betul pun la. Kalau umur dah dewasa tu buat la cara dewasa. Ni komen macam childish. haisshhh. Mengarut bagai bagi la kat dia. Aku stalker ke?? Tak la. Tetiba keluar komen tu so terbaca. Bila terbaca sikit melarat la terbaca banyak. Haha. Tapi may be tu cara dia kot nak berkomen. Tapi aku tetap rasa kelakar. :) Tak baik gelak kat orang. Hehe. Ok this is my bad. ^_^