Friday, September 9, 2011

Dating After 6 Months Tak Jumpa :)

8.9.2011 dating with dear Aroo. Da 6bulan tak jumpa dia.. At last penantian aku berakhir gak! Hihi.. But mula-mula tu geram la dengan Aroo sebab dia tipu aku. Konon nak buat surprise. Mula-mula bagitahu kena extend sampai hujung bulan 10. Padahal dia balik 6.9... Haisshhh! Pandai berlakon. Aku pelik jugak la tetiba tengah laut ada line pulak kan. starting 6.9 tu la aku mesej dia sume lancar je. Reply elok je. Tapi kadang-kadang tu dia cakap tak da line la sayang, line slow la sayang tapi semua tu gimik mr.Aroo jer. Pastu cakap nak dating pulak dengan aku. Mula aku fikir dia main-main je. Tapi makin lama macam pelik jugak la. Tiba 1 saat tu dia macam confident je nak dating dengan aku. Memang sangat pelik. At last dia ngaku jugak dia dah balik! Tapi tu pun bila dah masuk kereta baru dia cakap actually abang dah balik 6.9 lagi. Flight kul 8malam. Hehe.. Aku pun ape lagi cubit sana cubit sini la dia. 2 hari lepas balik baru jumpa aku. Ciss! Nasib baik tak sampai seminggu. Kalau dah seminggu baru nak bagitahu memang aku kasi cincang mr.Aroo :) 

Bila dah lama tak jumpa ni dating rasa lain sikit. Hehe.. Rasa lidah ni kelu diam membisu je.. Haha.. Tak tahu la kenapa. Maybe sebab dah lama tak jumpa. Tupp tupp dia buat surprise pulak mana tak kelunya. Semalam cakap rindu sangat and akan tunggu 2bulan lagi. Hari ni orang yang ditunggu ade depan mata. Senyum tak habis la. Hati ni gumbira tak terkata.. Haha. Tapi dia cuti 3bulan jer. Hmmmm.. Sekejap je kan. Sampai masa kena naik kapal again. Apa pun happy sangat dapat jugak jumpa dia. Makan macam-macam la. Tapi tak hambik picture banyak sangat pun. Tak tau kenapa. Huhu. Later la baru update picture. La ni tak de card reader la nak kasi transfer picture. Seriusly rasa excited tu lain sangat. Tu la namanya CJJ.. Cinta Jarak Jauh. Ada orang CJJ pun still leh contact.. Tapi bagi sapa yang berchenta dengan seafarer ni haa nak berhubung ape. Kalau ada line leh la berhubung. Kalau tak da line tengok laut jela gamaknya. :) I'm really happy with my life right now. Even though kami jarang jumpa tapi hubungan kami bahagia. Insyaallah mudah-mudahan berkekalan hendakNya. Amin..  

No comments:

Post a Comment

L.O.V.E