Thursday, September 29, 2011

Updated

Hyeee rasanya dah berhabuk blog ni. Lama dah tak update. Malas la. Haha. Tak tahu la kenapa sekarang ni penyakit malas makin menjadi jadi pulak. Haishhh.. Sem baru dah start. Da masuk second weeks sekarang ni. Da dapat assignment oiii.. Awal sungguh! This sem da start kena wat final project. Kena wat proposal dulu then kalau approved baru proceed with last project paper. Cuak la. Takut gak kalau proposal rejected! Hopefully tak la kan. Hopefully accepted! Insyaallah.. Supervisor and tajuk da decide. So sekarang kena ready untuk cari and baca seberapa banyak journal yang boleh. Kalau boleh minimim 20. Kalau larat cari lebih lagi. Nak cari 100 tapi tengok la kalau 50 leh insyaallah 100 leh kot! haha. Penat sikit la. Tapi kalau nak yang terbaik kena la rajin...Hmmmm... Timetable sem ni? Terbaek! Banyak rompong. Huhuu. But semua subjek menyebabkan mengantuk... semua subjek 3 jam bai. Larat tak larat gak la. huhu. Saba ye wahai hati. 2 sem je lagi :) Mudah-mudahan dipermudahkan la sem ni.. Amin..

Friday, September 16, 2011

Kami :)

Kami beli fon baru.. Sebab fon lama kami da bengong.. So nak tak nak kena beli baru jugak. Huhuu.. Survey punya survey sampai kat Low Yat. Dah nak beli. At last aku fikir tak pe la kita survey tempat lain dulu. Haha.. Balik dari Low Yat dengan tangan kosong. Berjalan penat-penat. Tapi tak pe asalkan berbaloi.. Dah lama tak dating kan.. Haha! And then cari fon kat The Store Sungai Buloh. Jumpa jugak! Tak pegi banyak kedai. 1 kedai je. Kalau tak nanti aku pening kepala sebab asik ubah fikiran je. Pegi kedai tu nampak fon tu. Pegi kedai ni nampak pulak fon lain. So 1 kedai je cukup. Dapat harga berpatutan.. :) Hampir 2jam jugak kat kedai tu. Huhu.. Apa aku kisah. Asalkan kami beli. Orang kedai nak untung mesti la kena layan customer cerewet macam aku :) 


Ni la fon kami.. Beli sama-sama :) Different colour je. Dah beli sama at last kotak tertukar pulak. Hambik. Warranty dah la based on sticker kt kotak. Huhu.. Putih is mine and hitam Mr.A pny.. :)


Ofcoz purple is mine! :) Nak colour pink tapi tak de pulak.. Purple pon ok. Nice.. My new darling la pe lagi :) Jaga dengan penuh kasih sayang.




Lebaran 2011

Alhamdulillah still diberi kesempatan untuk berpuasa dan beraya tahun ni.. :) Insyaallah kalau diberi keizinan berjumpa lagi di tahun hadapan.. Agakk lambat nk hupdate picture raya! Hehe.. Ade aku kisah ke? Asalkan tak kacau hidup orang lain.. Kan kan... Raya mesti la seronokk.. dapat makan macam-macam.. Habis diet aku.. Huhu.. Tak pe setahun sekali je.. Lepas raya aku diet balik.. Haha! Selamat Hari Raya semua :)


seperti biasa aku memang suka melaram :)


My Abah :) 


Lovely Mum :)















Wednesday, September 14, 2011

Friday, September 9, 2011

Dating After 6 Months Tak Jumpa :)

8.9.2011 dating with dear Aroo. Da 6bulan tak jumpa dia.. At last penantian aku berakhir gak! Hihi.. But mula-mula tu geram la dengan Aroo sebab dia tipu aku. Konon nak buat surprise. Mula-mula bagitahu kena extend sampai hujung bulan 10. Padahal dia balik 6.9... Haisshhh! Pandai berlakon. Aku pelik jugak la tetiba tengah laut ada line pulak kan. starting 6.9 tu la aku mesej dia sume lancar je. Reply elok je. Tapi kadang-kadang tu dia cakap tak da line la sayang, line slow la sayang tapi semua tu gimik mr.Aroo jer. Pastu cakap nak dating pulak dengan aku. Mula aku fikir dia main-main je. Tapi makin lama macam pelik jugak la. Tiba 1 saat tu dia macam confident je nak dating dengan aku. Memang sangat pelik. At last dia ngaku jugak dia dah balik! Tapi tu pun bila dah masuk kereta baru dia cakap actually abang dah balik 6.9 lagi. Flight kul 8malam. Hehe.. Aku pun ape lagi cubit sana cubit sini la dia. 2 hari lepas balik baru jumpa aku. Ciss! Nasib baik tak sampai seminggu. Kalau dah seminggu baru nak bagitahu memang aku kasi cincang mr.Aroo :) 

Bila dah lama tak jumpa ni dating rasa lain sikit. Hehe.. Rasa lidah ni kelu diam membisu je.. Haha.. Tak tahu la kenapa. Maybe sebab dah lama tak jumpa. Tupp tupp dia buat surprise pulak mana tak kelunya. Semalam cakap rindu sangat and akan tunggu 2bulan lagi. Hari ni orang yang ditunggu ade depan mata. Senyum tak habis la. Hati ni gumbira tak terkata.. Haha. Tapi dia cuti 3bulan jer. Hmmmm.. Sekejap je kan. Sampai masa kena naik kapal again. Apa pun happy sangat dapat jugak jumpa dia. Makan macam-macam la. Tapi tak hambik picture banyak sangat pun. Tak tau kenapa. Huhu. Later la baru update picture. La ni tak de card reader la nak kasi transfer picture. Seriusly rasa excited tu lain sangat. Tu la namanya CJJ.. Cinta Jarak Jauh. Ada orang CJJ pun still leh contact.. Tapi bagi sapa yang berchenta dengan seafarer ni haa nak berhubung ape. Kalau ada line leh la berhubung. Kalau tak da line tengok laut jela gamaknya. :) I'm really happy with my life right now. Even though kami jarang jumpa tapi hubungan kami bahagia. Insyaallah mudah-mudahan berkekalan hendakNya. Amin..  

Monday, September 5, 2011

1 Year 4 Months


Happy anniversary Aroo & Wanie :) 1 year 4 months already. Bila awak nak balik dear. Dah banyak anniversary tak dapat celebrate together. Anyway semoga berkekalan and ditetapkan hati kami berdua. Amin.

Sunday, September 4, 2011

Quotes For Today

Hyee hyee.. Happy Aidilfitri.. Hari ni dah masuk hari ke 5 Syawal. But aku still tak update picture raya lagi.. Hehe.. Tak habis ambik dari sister lg.. Haisshhh.. Sungguh lambat than last year. Kalau last year cepat je aku upload.. :) Tak pe ape-ape pon sekarang ni saja nak share quotes from http://thinkexist.com/quotations/life/ bila search jumpa pulak page ni ha.. Suka la baca quotes-quotes ni. Boleh naikkan semangat kita. Even bulan raya ni apa salahnya nak share benda lain kan. Asik pasal raya je.. :)
 

Faham tak maksud quotes tu? Faham-faham la sendiri..  Renung-renungkan, dan selamat beramal :)