Wednesday, August 17, 2011

Asam Manis Kehidupan

Penah tak rasa macam dah tak nak bercinta lagi?? Mesti penah kan. Bila kita dah sayang someone tu then dia buat **** kat kita mesti rasa kecewaaaa sangat. Rasa sampai dah tak percaya lelaki. Bukan tak percaya sikit. Ni langsung tak percaya. Kalau lelaki tu mengayat sikit je mesti kita fikir "alaa orang lelaki memang TOP dengan AYAT MANIS diorang. Kan kan? Hahaa.. 

Tapi pernah tak kita terfikir tu semua pengalaman untuk kita. Memang la semua tu pahit untuk kita harungi. Tapi  apa yang kita boleh buat. Dah kalau lelaki tu memang tak serius dengan kita tak kan la kita nak terhegeh-hegeh pulak kan. Dah orang tak sudi. Perasaan ni tak boleh nak paksa-paksa ye tak? Mula-mula kita akan bertemu dengan orang yang salah sebelum kita bertemu dengan yang betul. Means Mr.Right la. 

Kadang-kadang pengalaman tu sangat berharga untuk kita. Kalau dah ada pengalaman nanti tak la kita kena tipu lagi kan. Berhati-hati sikit la bila dah kena sekali tu. Then bila one day kita jumpa dengan Mr.Right yang kita cari tu mesti bahagia je hidup. Memang senyum tak lepas la. Haha. 

But, selagi dia tak jadi hak milik kita yang memang milik kita iaitu HUSBAND tak boleh la mengharap sangat kan. Nanti frust pulak. So biasa-biasa saja. Perasaan manusia ni cepat sangat berubah. Cuma berdoa supaya ditetapkan hati masing-masing and dipanjangkan jodoh sampai kawin and samapi ke akhir hayat.. Insyaallah berbekalkan pengalaman yang kita ada kita akan jumpa jugak Mr.Right yang kita cari tu. Serius la best sangat bila jumpa dengan orang yang memang memahami kita. :) So cari la pengalaman sementara muda lagi ni. Bercinta selagi kita ada rasa untuk menyintai dan dicintai. Hadirnya sidia bukan hanya untuk membahagiakan kita tapi untuk bagi support selain dari family tercinta. :) Kehidupan manusia tak kan lengkap tanpa cinta dari seorang lelaki dan perempuan. GD LUCK!

No comments:

Post a Comment

L.O.V.E