Monday, May 23, 2011

Hello Everyone!

Hyee hyee.. Ketemu kembali kat blog ni. :) Tak de pape pon nak diceritakan. Just want to share some opinion.. Hehe.. Hidup ni tak seindah yang digambarkan. Tapi kebahagiaan tu sentiasa mengambil tempat dalam setiap kehidupan seorang yang bergelar "manusia". Mana ada kehidupan yang bahagia je memanjang kan. Mesti la ada pahit getir. Baru la berwarna warni kehidupan ni. Walauapapun yang terjadi hidup ni perlu ceria. Tak boleh layan semua masalah yang datang. Kalau dilayan nanti lagi tambah parah! Semua ni dari pengalaman. :) Harus bijak mengawal emosi. Baru la jadi seorang wanita yang bijak.. Cewah! Pandai sungguh aku susun ayat. Hahaa.. Ni semua tak da kena mengena dengan diri sendiri atau orang lain. Dah nama pun opinion. Apapun enjoy our life selagi diberi peluang. But nak enjoy pon berpada-pada la kan. Biar la perkara yang kita buat tu elok ataupun tak menjejaskan diri sendiri dan orang lain. Baik buruk tu kena fikir dulu. Then baru laksanakan. Jangan sampai menyusahkan orang lain. :) Bersyukur dengan kehidupan sekarang ni sebab still ada family, frens, and him yang menyayangi..! Cewah ade gak tuh. Hahah.. Yer saya bersyukur :) Semakin bahagia dan bahagia. Alhamdulillah. Betul la apa yang orang selalu perkatakan. Semalam adalah kenangan, arini kenyataan dan esok menjanjikan kebahagiaan. Semalam kita rasa disakiti, arini dan esok serta selamanya kita rasa bahagia. Pengalaman tu rujukan paling penting. Kira macam guru la. So jangan dibuang pengalaman tu. Renung-renungkan dan selamat beramal :)

No comments:

Post a Comment

L.O.V.E