Saturday, December 31, 2011

2012

Hai. Belum pun masuk tahun baru tapi aku dah post about tahun baru 2012. :) Orang cakap excited terlebih pulak. haha. Less than 24 hours dah nak masuk tahun baru, tinggalkan 2011 yang full of memories. Suka, duka, gembira, susah, senang semua ada. Semua tu dah berlalu. Tahun 2012 ni Insyaallah lebih bermakna untuk aku. Sebab 2012 aku habis study, aku grad, kalau ada rezeki dapat kerja and boleh la kejar impian aku. Apa impian aku? Aku nak dapat kerja yang bagus-bagus then nak balas jasa family terutama my mum yang banyak bagi semangat kat aku. Bila teringat balik terlalu banyak sangat pengorbanan my mum. Starting from 1st day aku dilahirkan sampai la aku masuk universiti she's always by my side. 

Bab kahwin tu semua tolak tepi dulu. Sape tak nak kahwin kan?? Tipu la kalau aku cakap tak nak kahwin. Tapi banyak lagi benda yang aku nak capai before kahwin. Seronok dengar member bertunang, yang dah kahwin, pregnant and bakal kahwin. Tapi tu la, impian lain kena penuhi dulu. Baru boleh fikir kahwin. Enjoy pon tak puas lagi. Hehe. Bukan enjoy berpesta tapi hidup bebas tanpa ikatan dengan sape2. Setakat couple tu tak la seberat kahwin. Kahwin ni tak berat tapi kena yang betul2 bersedia. Aku bersedia, tapi not fully :) 

Apa pun impian yang aku simpan dari budak2 lagi nak kena capai dulu. Yang penting family diutamakan. Kalau dah sampai seru kahwin la jugak. Cuma bila tu tak pasti lagi. :) 2012 aku 22 tahun! Haha! Tu yang nak tunggu. :) And yang buat 2012 ni bermakna jugak is anniversary aku n Aroo, 2 years! Bermakna ok! Bukan senang nak bertahan sampai 2 tahun. Orang cakap nak capai setahun pun susah. Bia la orang nak cakap "alaa baru 2 tahun" ada aku kisah ke? Hidup aku, so WHAT?? Haa camtu la kan. Hehe. Doakan yang baik2 suda la. Ishh ishh.. Mudah-mudahan 2012 ni membawa seribu rahmat, rezeki and bermakna buat aku, and orang sekeliling yang aku sayang! :)


Wednesday, December 21, 2011

21.12.2011

Alhamdulillah hari ni selesai suda proposal defense untuk student HR Research, including me :) Alhamdulillah jugak sebab proposal accepted but minor correction. Just betulkan sikit je. Panel nak aku ubah author means kena cari latest author :) benda dah ada just add again masuk dalam proposal. Memang legaaa sangat sebab semua accepted! Member-member aku semua accepted just tolak tambah sikit je macam aku. Berbaloi la penat, tak cukup tido, tension kami selama 1 sem ni.. So sekarang nak prepare final exam pulak.Super duper happy! 1st stage da lepas. So next sem prepare utk step 2 pulak, kena applied means full thesis. Ni la yang buat super duper tension. Tak pe, saba.. Bak kata Aroo, nak grad mesti ada halangan. :) Chaiyokk!







* Semua picture ni ambik lepas presentation sebab before present tak brsemangat nak ambik gamba. Semua nervous. Huhu.. After present and after dapat result baru bersemangat terlebih :)



Sunday, December 18, 2011

My Facebook Account Has Been Hacked!

Rasa nak marah bila dapat tahu ada someone yang tak bertanggungjawab sesuka hati tukar password facebook aku! Then sekarang I'm in trouble sebab langsung tak boleh buka facebook. Super duper trouble bila email yang daftarkan facebook ni pulak aku dah lupa password! adoi.. Kalau aku dapat siapa yang pandai-pandai tukar aku ketuk ketuk dia. Mr. Aroo pun pelik macam mana facebook aku boleh kena hack. Tak de sesapapun tahu password aku. Ni mesti ada orang yang da PANDAI sangat pasal hack then masuk facebook orang lain tukar password. Memang tak selamat la dunia hackers ni. Zaman sekarang ni banyak sangat orang yang serupa binatang. Edit picture orang lain then tukar dari berbaju jadi tak berbaju. Apa dah jadi la dunia sekarang ni. Dah makin teruk. Ya Allah! jauhkanlah aku dari perkara-perkara yang mendatangkan fitnah dan selamatkanlah aku dari orang orang yang tak bertanggungjawab. Amin! 


Monday, December 5, 2011

Thursday, December 1, 2011

1 December 2011


The last months of the year has started! It can be said for UNITEN students like me, December is hectic months! Because of what? Because this December we have presented our proposal for subject Human Resource Research. This presentation can be said like our ticket for graduation. It was just a proposal and if accepted by a panel, we can proceed with our research project. But it will starts next year. Nowadays only have to focus on proposal. Just now still need to looking other ideas. Please give me some ideas to achieve 10,000 words! Huge numbers right?? But it's reality. Hmmmmmmm. :( December.......... Please be nice to me! :) Other than that, ermmm... End of this month final exam will begin! And after that I'll become a senior last semester! :) Wish me luck!

Saturday, November 19, 2011

I Miss You

Kalau dalam malay saya rindu awak! Haaa dalam bahasa lain aku tak fasih. Cari dalam google tapi tak faham. Kalau salah nanti wat malu je. Huhu.. So tak payah nak berlagak sangat la yang aku ni pandai bahasa lain.. Hakikatnye faham malay and english only. Hihi.!
Rinduu la, apa lagi nak cakap. :( Rindu sangat kat orang nun jauh di sana.
Mudah-mudahan dia sihat and sentiasa dilindungi. Amin.




Thursday, November 17, 2011

Distance Is Not A Barrier

Cewahh tajukk entry ni. Haha. Tak taw dari mana dapat idea ni. Fikir punya fikir belasah la tajuk ni.. But tu bukan utamanya. :) utamanya yang aku nak ceritakan is......... Walaupun dia jauh dari pandangan mata, telinga dan segala deria yang ada, tapi dia tetap buat aku happy.. Hopefully it will long lasting my dear.. Even though tak dapat nak bergayut seseronok macam orang bercinta jarak dekat ni, still rasa yang dia tu dekat je. Hakikatnye memang jauh pun. Jauh sangat. Dia kat benua mana aku pun tak master lagi dalam bab peta dunia ni. Yang aku tahu dia kat Aruba near Amsterdam. Haha. Nak mengadap world map tu memang tak la. Setakat tengok macam tu je boleh. I don't have enough time to do something complicated lebih-lebih lagi dalam keadaan kerja banyak dan internet yang sangat laju (lain maksud). Email penghubung kami. Sehari sekali dapat reply email dia. Email company lembap banyak dari yahoo or skype or fb or whatever. Traffic jam dari laut kot. Ikan dugong segala ikan tengah berkumpul. Tu yang lembap sikit nak sampai kat aku. Huh. Apa pun 1 email pun da cukup lepas rindu sikit, dapat sengih cukup la. Hehe. Sentiasa doakan keselamatan dia. 5bulan 3minggu nak tunggu dia balik. :)

Saturday, November 12, 2011

Stress

Boleh tak nak cakap i'm in stresssssssssssssssssssssssssssss! Sangat okey! Ni la padahnya bila cuti tak ingat assignment yang nak kena hantar 15 Nov ni. Haha. Padan muka aku. Banyak gila nak kena settle sekarang ni. Rasa macam nak study pun tak sempat because of assignment. Baru amek 5 subjek assignment dah macam amek 7 subjek. memang tengah stress. Tapi dalam stress ni still lagi boleh tersenyum... :) hehe. Tu yang paling penting kot. Kalau stress tak semestinya kita kena muram je. Orang nak tengok muka pun tak hingin la kalau muka tu bermuncung je. haha! Apa pun chaiyokk to me! :) Sekian..


Tuesday, November 8, 2011

Syurga Cinta (Movie)

Ehem ehem.. Baru balik dari kampung sempena cuti Hari Raya Aidiladha. Baru seminggu cuti Deepavali then balik kampus for midterm then going back to hometown for cuti Aidiladha pulak. Wut a long long long journey and wasting time! Dah la tengah banyak kerja nak kena siapkan sekarang. Because of cuti banyak kerja tergendala. Hehe. Orang dah bagi cuti nak bising pulak aku ni. Bukan ape la kan. Aku ni kalau cuti memang tak ingat dengan due date nak submit assignment. :) sekarang dah kena bertungkus lumus nak complete all assignment because due date semakin menghampiri aku! Padan muka aku la kan. Cuti sampai tak ingat dunia. Huhu..

Actually tak nak cite about cuti pon. Nak cite about 1 movie ni. Syurga Cinta. sure cite ni dapat sambutan hangat masa baru keluar wayang tu. Sebab cite dia superbbb best! And aku tak jemu nak tengok citer ni even dalam tv ulang 10x pon aku tetap mengadap. Sampai akak aku cakap cite ni dah lapuk. Tapi aku tetap suka. hehe.. My idol berlakon la. Of coz cik Heliza yang comey loteyy tu. I like this movie. Sebab movie ni banyak bagi pengajaran. Especially to perempuan macam aku ni. Citer ni bagi 1 kekuatan pada kita as perempuan sebab tengok la reaksi Syuhadah(Heliza) dalam cite ni. Even tahu orang yang dia sayang tu tipu dia but dia still leh tersenyum and tenang je. Memang la berlakon. Tapi tak salahkan kalau nak jadikan situasi tu as a guide untuk kita. :) Dulu start aku tengok cite ni terus jatuh cinta la sebab cite dia memang best. Memang leh ambik contoh. Tapi aku tak suka scene kat disco semua tu. Aku suka scene yang ada Heliza. hehe. Terasa nak download cite ni je. Dulu ada simpan but since hardisk laptop rosak habis semua hilang. huhu. Enjoy this movie! 

Thursday, November 3, 2011


Malam ni Aroo dah kena naik flight pergi Amsterdam then transit ke Aruba ISland! I will miss him so much! Kena tunggu another 6 months.. Sedih sangat. Tapi apa boleh buat. Dah memang tugas dia kan.. Kena sabar la wahai hati. Tapi tak pe la. Biar la susah sekarang. Senang kemudian. Lagipun sekarang aku tengah busy dengan final project + assignment yang berlambak nak kena siapkan. So tak la terasa sangat bila dia jauh nanti.. Tapi tipu la kalau cakap tak rasa. Sure terasa sunyi bila dia tak de nanti. Tak de morning wish, tak de call before tidur... :( Tapi tak pe. Aku kuat la.. Hehe. Doakan keselamatan dia. Insyaallah 6 bulan lagi kami jumpa :) This song i dedicated to Mr. Aroo :)

Friday, October 28, 2011

Crying Can Make You Feel Better

Orang perempuan ni memang tak boleh dipisahkan dengan air mata. Betol kan? Hakikat. Kadang-kadang perempuan menangis bukan sebab dia lemah. Tapi nak meluahkan apa yang dirasa. Kalau tengah rasa marah, sedih, kecewa or what ever menangis je lah. Confirm lepas nangis terus lega. Huhu! Aku dah buat banyak kali. Haha! Bukan lemah ok. Just nak tenangkan hati. Sebab after nangis tu terus lega. Hati yang sakit terus jadi ok. :) Tu la penangan menangis. Hehe.


Thursday, October 27, 2011

I Will Always Be Here For You

Happy bila dapat news dia nak sign off. Sedih bila dapat news dia nak sign in again. Hmmm.. Rasa tak puas jumpa dah nak kena naik kapal. Apa pun setiap kenangan tu sangat indah ;) Even though kadang-kadang salah faham sikit tapi tu semua lumrah la kan. Huhu.. Nanti bila dia tak de kat sini mula la aku sunyi. Rindu. Selalu tunggu call dia, sms dia, email dia. Berterusan sampai dia balik 6 bulan  lagi. Ni la yang kena hadapi kalau chenta dengan orang kapal. Hehe. Best sebab jarang jumpa then bila jumpa rasa lain. Rindu tu tak sama dengan orang yang selalu jumpa :)


baju sedondon purple :)


kami in red :)




Monday, October 17, 2011

Human Resource Research (HRSB383)

HRR ni subjek paling killer slama aku study kat UNITEN ni. Sebab subjek ni salah 1 tiket untuk aku grad! Ni baru anak dia. Sem depan da last sem baru jumpa mak dengan bapak dia pulak. Aduhaii pening kepala memang x hengat. It soOOO complicated.! Hidup aku sekarang dipenuhi cahaya-cahaya journal... Haaaa agak sedih di situ. Kalau cuti pun still kena bawak semua journal ni sebab kena siapkan before end of this semester bcoz kena prepare for presentation! Kena present proposal semua ni.. Agak menguji kesabaran. Tapi nak dapatkan ijazah tu bukan senang kan.. Orang kata bersusah-susah dahulu, bersenang-lenang kemudian. :) So sekarang kena get ready untuk baca 30 journal. Ni pun aku ambik minimum. Kalau nak result lagi gempak at least 150 journal ! Memang aku tak larat. Kalau journal tu setakat sehelai dua tak pa. Ni sampai berpuluh page memang tak la nak baca semua. hehe.. Aku ni pulak jenis buat kerja ikut mood. Kalau datang mood rajin memang rajin betol la. Kalau datang mood malas memang ape pun tak boleh. Yang penting nak usaha sebaik mungkin! Mudah-mudahan dipermudahkan and nak grad! :) Amin..


Haa yang ni tajuk research aku. Nak buat research pasal benda ni. Agak complicated sebab framework aku pun complicated. Tajuk nipilih sendiri and get some advise from supervisor :)


Ni research framework aku. Ni yang simple. Nanti kalau da de finding dapat la tengok relationship between benda ni semua. Nanti sangat pening..

P/S: Ok la. tu je nak share. Saja je nak share kat blog ape yang perlu aku siapkan the whole semester ni. Memang menguji kesabaran dan mental serta fizikal.

Sunday, October 9, 2011

Perigi Cari Timba

Hyee hyee.. So tired. Baru balik dari KL. Lepaking kat rumah mr Aroo with his family. :) So topic for today. Perigi Cari Timba. Sure semua orang tahu pe maksud ni kan. Girl yang terhegeh-hegeh kat lelaki. Yelaa orang cakap kalau bertepuk sebelah tangah tak berbunyi. Tapi yang girl ni pun agak-agak la kan. Kesian betol la dengan girl yang jenis macam ni. Tak malu ke kan? Aku nak kacau bf orang pun aku tak hingin. Ingtkan zaman sekarang dah tak berapa nak wujud orang jenis macam ni. Rupanya ada jugak. Bukan nak menyindir siapa-siapa tapi kita sebagai perempuan mesti tahu pe perasaan perempuan lain. So kalau tak nak terjadi benda tak elok kat diri kita, jangan la buat kat orang lain. :) Sekian.

Wednesday, October 5, 2011

Happy Anniversary

Happy Anniversary Love! 1 Year 5 Months :) Rasa kejap je masa tu berlalu. Alhamdulillah we still together. Hopefully forever.Insyaallah kalau diizinkanNya :)

Tuesday, October 4, 2011

Heart


 Susahkan nak jaga hati ni. Hati ni kadang-kadang sewenang-wenangnya orang sakitkan. Ingat senang ke nak
 ubat kalau hati ni dah sakit. Hati ni anugerah taw. Jangan biarkan orang lain sakitkan hati kita. Tapi kadang-kadang sakit jugak nak buat macam mana. Dugaan.. Dugaan apa? Dugaan hidup la. Bukan senang nak jaga hati orang lain dan bukan senang jugak nak jaga hati sendiri. kalau hati tu dah merajuk baru la nak pujuk balik. hati sendiri ni kalau merajuk tak taw la pe effect dia. Haha. Tapi jaga laaa hati sendiri :)

Thursday, September 29, 2011

Updated

Hyeee rasanya dah berhabuk blog ni. Lama dah tak update. Malas la. Haha. Tak tahu la kenapa sekarang ni penyakit malas makin menjadi jadi pulak. Haishhh.. Sem baru dah start. Da masuk second weeks sekarang ni. Da dapat assignment oiii.. Awal sungguh! This sem da start kena wat final project. Kena wat proposal dulu then kalau approved baru proceed with last project paper. Cuak la. Takut gak kalau proposal rejected! Hopefully tak la kan. Hopefully accepted! Insyaallah.. Supervisor and tajuk da decide. So sekarang kena ready untuk cari and baca seberapa banyak journal yang boleh. Kalau boleh minimim 20. Kalau larat cari lebih lagi. Nak cari 100 tapi tengok la kalau 50 leh insyaallah 100 leh kot! haha. Penat sikit la. Tapi kalau nak yang terbaik kena la rajin...Hmmmm... Timetable sem ni? Terbaek! Banyak rompong. Huhuu. But semua subjek menyebabkan mengantuk... semua subjek 3 jam bai. Larat tak larat gak la. huhu. Saba ye wahai hati. 2 sem je lagi :) Mudah-mudahan dipermudahkan la sem ni.. Amin..

Friday, September 16, 2011

Kami :)

Kami beli fon baru.. Sebab fon lama kami da bengong.. So nak tak nak kena beli baru jugak. Huhuu.. Survey punya survey sampai kat Low Yat. Dah nak beli. At last aku fikir tak pe la kita survey tempat lain dulu. Haha.. Balik dari Low Yat dengan tangan kosong. Berjalan penat-penat. Tapi tak pe asalkan berbaloi.. Dah lama tak dating kan.. Haha! And then cari fon kat The Store Sungai Buloh. Jumpa jugak! Tak pegi banyak kedai. 1 kedai je. Kalau tak nanti aku pening kepala sebab asik ubah fikiran je. Pegi kedai tu nampak fon tu. Pegi kedai ni nampak pulak fon lain. So 1 kedai je cukup. Dapat harga berpatutan.. :) Hampir 2jam jugak kat kedai tu. Huhu.. Apa aku kisah. Asalkan kami beli. Orang kedai nak untung mesti la kena layan customer cerewet macam aku :) 


Ni la fon kami.. Beli sama-sama :) Different colour je. Dah beli sama at last kotak tertukar pulak. Hambik. Warranty dah la based on sticker kt kotak. Huhu.. Putih is mine and hitam Mr.A pny.. :)


Ofcoz purple is mine! :) Nak colour pink tapi tak de pulak.. Purple pon ok. Nice.. My new darling la pe lagi :) Jaga dengan penuh kasih sayang.




Lebaran 2011

Alhamdulillah still diberi kesempatan untuk berpuasa dan beraya tahun ni.. :) Insyaallah kalau diberi keizinan berjumpa lagi di tahun hadapan.. Agakk lambat nk hupdate picture raya! Hehe.. Ade aku kisah ke? Asalkan tak kacau hidup orang lain.. Kan kan... Raya mesti la seronokk.. dapat makan macam-macam.. Habis diet aku.. Huhu.. Tak pe setahun sekali je.. Lepas raya aku diet balik.. Haha! Selamat Hari Raya semua :)


seperti biasa aku memang suka melaram :)


My Abah :) 


Lovely Mum :)















Wednesday, September 14, 2011

Friday, September 9, 2011

Dating After 6 Months Tak Jumpa :)

8.9.2011 dating with dear Aroo. Da 6bulan tak jumpa dia.. At last penantian aku berakhir gak! Hihi.. But mula-mula tu geram la dengan Aroo sebab dia tipu aku. Konon nak buat surprise. Mula-mula bagitahu kena extend sampai hujung bulan 10. Padahal dia balik 6.9... Haisshhh! Pandai berlakon. Aku pelik jugak la tetiba tengah laut ada line pulak kan. starting 6.9 tu la aku mesej dia sume lancar je. Reply elok je. Tapi kadang-kadang tu dia cakap tak da line la sayang, line slow la sayang tapi semua tu gimik mr.Aroo jer. Pastu cakap nak dating pulak dengan aku. Mula aku fikir dia main-main je. Tapi makin lama macam pelik jugak la. Tiba 1 saat tu dia macam confident je nak dating dengan aku. Memang sangat pelik. At last dia ngaku jugak dia dah balik! Tapi tu pun bila dah masuk kereta baru dia cakap actually abang dah balik 6.9 lagi. Flight kul 8malam. Hehe.. Aku pun ape lagi cubit sana cubit sini la dia. 2 hari lepas balik baru jumpa aku. Ciss! Nasib baik tak sampai seminggu. Kalau dah seminggu baru nak bagitahu memang aku kasi cincang mr.Aroo :) 

Bila dah lama tak jumpa ni dating rasa lain sikit. Hehe.. Rasa lidah ni kelu diam membisu je.. Haha.. Tak tahu la kenapa. Maybe sebab dah lama tak jumpa. Tupp tupp dia buat surprise pulak mana tak kelunya. Semalam cakap rindu sangat and akan tunggu 2bulan lagi. Hari ni orang yang ditunggu ade depan mata. Senyum tak habis la. Hati ni gumbira tak terkata.. Haha. Tapi dia cuti 3bulan jer. Hmmmm.. Sekejap je kan. Sampai masa kena naik kapal again. Apa pun happy sangat dapat jugak jumpa dia. Makan macam-macam la. Tapi tak hambik picture banyak sangat pun. Tak tau kenapa. Huhu. Later la baru update picture. La ni tak de card reader la nak kasi transfer picture. Seriusly rasa excited tu lain sangat. Tu la namanya CJJ.. Cinta Jarak Jauh. Ada orang CJJ pun still leh contact.. Tapi bagi sapa yang berchenta dengan seafarer ni haa nak berhubung ape. Kalau ada line leh la berhubung. Kalau tak da line tengok laut jela gamaknya. :) I'm really happy with my life right now. Even though kami jarang jumpa tapi hubungan kami bahagia. Insyaallah mudah-mudahan berkekalan hendakNya. Amin..  

Monday, September 5, 2011

1 Year 4 Months


Happy anniversary Aroo & Wanie :) 1 year 4 months already. Bila awak nak balik dear. Dah banyak anniversary tak dapat celebrate together. Anyway semoga berkekalan and ditetapkan hati kami berdua. Amin.

Sunday, September 4, 2011

Quotes For Today

Hyee hyee.. Happy Aidilfitri.. Hari ni dah masuk hari ke 5 Syawal. But aku still tak update picture raya lagi.. Hehe.. Tak habis ambik dari sister lg.. Haisshhh.. Sungguh lambat than last year. Kalau last year cepat je aku upload.. :) Tak pe ape-ape pon sekarang ni saja nak share quotes from http://thinkexist.com/quotations/life/ bila search jumpa pulak page ni ha.. Suka la baca quotes-quotes ni. Boleh naikkan semangat kita. Even bulan raya ni apa salahnya nak share benda lain kan. Asik pasal raya je.. :)
 

Faham tak maksud quotes tu? Faham-faham la sendiri..  Renung-renungkan, dan selamat beramal :)



Sunday, August 28, 2011

Salam Lebaran 2011

Hyeee friends! Selamat hari raya aidilfitri.. Another 2 days.. Hmmm raya tahun ni maybe different from last year kot. 1st all my sister balik rumah mertua. Aduhaii.. Biasa kalau sisters ada meriah giler rumah tu. Bila diorang tak balik 1st raya sunyi la sebab tak da bebudakk yang memeriahkan suasana. Kalau bebudak ada pening kepala nak layan. Haha! Tu la kan. Bila ada bising tapi bila tak da sunyi. :) 2nd my dear Aroo tak balik raya. Kena raya atas kapal la dia.. Sedih sebab tak dapat raya with him. Kalau last year pagi2 lagi da dapat text from him.. :'( Miss him so much! Ape pun hidup kena teruskan. Selagi ada family hari raya tu tetap akan meriah kan.. :) anyway selamat hari raya again friends! Jum kumpul duit raya banyak2..Tu pun kalau ada orang nak bagi lagi la sebab umur da 21 tahun ni orang da tak pandang nak bagi duit raya.. huhuu.. Bersederhana la okey.. Makan banyak2... Lepas raya diet balikk.. :)

1st time raya 2010 with love @ senawang, seremban :)

Monday, August 22, 2011

Baca yang ni. Memang sangat membantu untuk semua yang tengah hangat bercinta. Hehe.. Link atas ni boleh ambik as a contoh and panduan. :) So sila-sila la belajar kalau nak hubungan tu bertahan. Tak salah kan kalau kita berusaha.. Dalam masa yang sama tawakal and berserah pada-Nya. Kalau ada jodoh ada la. Kalau tak da mungkin ada yang lebih baik menanti. 

Sunday, August 21, 2011

Gila Chocolate

Yeesss! Aku la yang gila coklat sangat ni. Hehe.. Kalau dating dengan Mr. Aroo jangan harap dia nak bagi beli coklat. Sebab?? Dia kata makan coklat leh gemukk! Memang la.. Tapi kalau makan selalu. Kalau sekali sekala tak gemukk aih.. hehe.. Aku lah hantu coklat itu. Kalau cadburry yeahhh give it to me. Pernah la rasa vochelle tapi tak dapat nak tandingi cadburry! Hehe.. Vochelle pon sedap gak. Asalkan namanya coklat mest sedap! Haaa lagi 1 coklat yang agakk mahal.. Orang kata tak berbaloi la beli yang kecik ade 3biji je Rm3 ++ macam makan celah gigi je pastu habis. Haha.. Tapi aku tetap sukaa :) Kalau beli coklat cadburry yang RM8.10 kat 7E tu aku sorang je makan pon boleh habis. Hiiihii.. 



Mr. Aroo kalau nak kawin nanti jangan lupa bagi coklat ni skali ok.. :) Nak design cmni ! hehe.. Kopakk kopakk..


Yang ni pulak nak time grad tahun depan. Jangan lepaskan peluang untuk dapat benda-benda camni kalau korang grad! hihi.. :)

Wednesday, August 17, 2011

Berbuka Puasa :)

Dah pertengahan puasa baru kitorang ada masa nk pegi berbuka kat luar. Hehe.. Selalu berbuka kat rumah je. Sebab malas nak keluar and fokus kat final exam. So 17hb kami 1 rumah + akin + hasnirah and her friend  berbuka puasa kat Wawa Inn.. Actually dalam banyak-banyak kedai makan kat Muadzam ni yang boleh dikatakan exclusive and selesa kat Wawa Inn jela.. Heee.. Opsss.. Maaf yer. Actually selesa la sebab ruangnya besar, kawasan tak sempit, bersih. So selesa la untuk orang nak makan. 


sha, wani (me), akin


ili, ayu, mok(amoi).. hehe


akin, wani(aku), hasnirah


akin and wani(aku)

Tanpa Mu - Sabhi Saddi ft Helena (OST Nur Kasih The Movie) dengan lirik ...


Layannn lagu ni. Best song ! Sangat syahdu and penuh makna.

Asam Manis Kehidupan

Penah tak rasa macam dah tak nak bercinta lagi?? Mesti penah kan. Bila kita dah sayang someone tu then dia buat **** kat kita mesti rasa kecewaaaa sangat. Rasa sampai dah tak percaya lelaki. Bukan tak percaya sikit. Ni langsung tak percaya. Kalau lelaki tu mengayat sikit je mesti kita fikir "alaa orang lelaki memang TOP dengan AYAT MANIS diorang. Kan kan? Hahaa.. 

Tapi pernah tak kita terfikir tu semua pengalaman untuk kita. Memang la semua tu pahit untuk kita harungi. Tapi  apa yang kita boleh buat. Dah kalau lelaki tu memang tak serius dengan kita tak kan la kita nak terhegeh-hegeh pulak kan. Dah orang tak sudi. Perasaan ni tak boleh nak paksa-paksa ye tak? Mula-mula kita akan bertemu dengan orang yang salah sebelum kita bertemu dengan yang betul. Means Mr.Right la. 

Kadang-kadang pengalaman tu sangat berharga untuk kita. Kalau dah ada pengalaman nanti tak la kita kena tipu lagi kan. Berhati-hati sikit la bila dah kena sekali tu. Then bila one day kita jumpa dengan Mr.Right yang kita cari tu mesti bahagia je hidup. Memang senyum tak lepas la. Haha. 

But, selagi dia tak jadi hak milik kita yang memang milik kita iaitu HUSBAND tak boleh la mengharap sangat kan. Nanti frust pulak. So biasa-biasa saja. Perasaan manusia ni cepat sangat berubah. Cuma berdoa supaya ditetapkan hati masing-masing and dipanjangkan jodoh sampai kawin and samapi ke akhir hayat.. Insyaallah berbekalkan pengalaman yang kita ada kita akan jumpa jugak Mr.Right yang kita cari tu. Serius la best sangat bila jumpa dengan orang yang memang memahami kita. :) So cari la pengalaman sementara muda lagi ni. Bercinta selagi kita ada rasa untuk menyintai dan dicintai. Hadirnya sidia bukan hanya untuk membahagiakan kita tapi untuk bagi support selain dari family tercinta. :) Kehidupan manusia tak kan lengkap tanpa cinta dari seorang lelaki dan perempuan. GD LUCK!

Monday, August 15, 2011

Happy 23rd Dear Love

Love! Happy birthday.. Tak dapat celebrate sama-sama because u still atas kapal. Hmmmm.... sedih-sedih.. Apa pun dapat gak la wish kan.. hehe.. Luv! Ni saya ada COPY ship cake from GOOGLE.. Tu je yang termampu. Nak tempah kek macam tu tunggu kamoo balik malaysia la.. :) Saya doakan semoga kamoo sihat-sihat selalu, dimurahkan rezeki, sentiasa dilindungi and sewaktu dengannyer. Wish yang sama je kan.. Miss u dear!


comel kan. :)

Friday, August 12, 2011

Jersey

Hyeeeep! Sekarang ni mood nak kumpul jersey pulak. Heee.. Kalau dulu tak minat sebab t-shirt biasa je kan. tapi sekarang minat pulak. Tak taw la kenapa.. :) Dah tempah sepasang jersey kat my sister. Harga berpatutan. Memang puas hati la. Sebab kain dia pun tak panas. Memang tak rugi order kat my sister. 


yang ni rupa depan t-shirt. Hee.. Pic spoil la. Sebab bawah lampu. Adoii2.. Color merah putih. Nice kan.. 


Jengggg! Yang ni belakang. Leh letak nama dengan number sesuka hati. Kalau panjang nme and banyak number price dia lain la.. 


Thursday, August 11, 2011

Final Exam Semester 1 2011/2012


Exam List for Semester 1, Academic Year 2011/2012

No.SubjectSectionLocationDate & TimeSeat
CodeDescription
1.MGMB323Management Science3MDP214/08/2011 14:30:00 - 17:30:00138
2.HRSB333Performance Management3MDP118/08/2011 14:30:00 - 17:30:00146
3.HRSB323Training and Development1MDP120/08/2011 14:30:00 - 17:30:00097
4.HRSB313Recruitment and Selection3MDP225/08/2011 09:00:00 - 12:00:00114
5.MGMB223Organisation Theory2MDP126/08/2011 09:00:00 - 12:00:00148


Hukkkkk! Takutnyer bila list ni dah keluar. Means last preparation before final exam. haaiisshhh! Duppp dappp dupp dapp la jantung hati ni.. hehe.. Yng pasti Organization Theory is the last paper!! Lagi tambah tension sebab housemate+roomate aku balik on 25.8... Huwaaaaaa... Tinggal aku sensorang dalam umah ni. kena gi umah jiran la cmni kan. hehe..Gd luck to me!

Wednesday, August 10, 2011

Exam Exam Exam

Yeahh! Minggu exam coming again. Rasa macam baru ambik final exam sem lepas. Sekarang dah start balik final exam. Haiisshh..! Cepat sungguh masa berlalu. Minggu-minggu tension before raya! huh. Orang prepare raya kami prepare final exam. hehe.. Apa pun nak berjaya mesti la kena berkorban sikit erkk. Ingat senang ke nak dapat segulung ijazah tu. Tak semudah nak mendapatkan Ajijah taw! :) To all friends, good luck and jangan tension-tension sangat key.. :)




Sumber inspirasi ni. Nak berjaya kena berusaha :)
Insyaallah



Tuesday, August 9, 2011

Friendship Is Wonderful

Life without friends is like life without mind..
Friends are the most important ingredients in the recipe of life..






Friday, August 5, 2011

Monthly Anniversary :)

epy monthly anniversary dear love! 1 year 3 months! 
miss u dear Aroo.. Angin sampaikan rinduku padanya :)

Thursday, July 28, 2011

Ramadhan

Another 4 days for the fasting months, Ramadhan. Months full of blessings. Bersahur, berbuka dan bertarawikh adalah saat yang dinantikan di bulan Ramadhan ni. Pegi bazaar yang penuh dengan makanan yang boleh menaikkan nafsu untuk makan! haha.. No no. Kne careful dengan nafsu makan ni semua. makan ikut keperluan ye bukan ikut keinginan. :) Semoga Ramadhan kali ni memberi 1000 makna dalam kehidupan setiap insan. 


Monday, July 18, 2011

Spend Time With Lovely Friends!

Yeeahh! Actually dah lama nak upload but asik lupa je. Hehee.. So la ni baru berkesempatan nk mengUPLOAD picture-picture with frens yang gila best! Tenkiu sayang2 semua. Sumpah best! And nanti bila dah grad sure rindu every moments! Kau lah sahabat kau lah teman.