Monday, April 5, 2010

Hargailah Cinta...

Persoalan cinta tidak selalu dapat dinikmati. Ia datang bersama bahagia tetapi juga kadang-kadang bersama derita. Dek kerana itu, cinta sentiasa menarik untuk diperkatakan. Dalam keadaan yang baik, ia seronok untuk diceritakan, tatkala ia dalam keadaan mendukacitakan ia juga patut diceritakan.

Bercerita tentang cinta sepanjang hidup saya. Ia hanya untuk mengisi kekosongan dan hanya untuk merasa disayangi dan menyayangi. Namun saya tidak sedar bahawa cinta itu sangat indah jika kita menghargai dan menghormati antara satu sama lain. Saya mula mengenali apa itu cinta pada awal 2007 apabila saya mengenali seorang lelaki bernama K. Namun perhubungan kami hanya bertahan selama setahun tujuh bulan. Pada masa itu saya hanya mampu berdoa dan terus berdoa semoga mendapat ketenangan dan dapat menerima qada' dan qadar.

Pada hujung bulan april 2009 saya mengenali seseorang yang bernama I. Menjalinkan hubungan bersamanya banyak mengajar saya erti kehidupan. Hubungan kami hanya bertahan selama lapan bulan. Kami berpisah secara baik dan tetap berkawan sampai sekarang. Walaupun saya menyayanginya sampai sekarang namun saya hanya mampu menyayanginya saja tapi tak mampu memilikinya. Mungkin saya bukan yang terbaik untuknya. Amat perit untuk ditelan namun saya harus tempuhinya demi menjaga hati saya sendiri.

Hampir semua orang ada kisah cinta dan hampir semua orang melalui pengalaman pahit dan manis sepanjang percintaan. Walaupun ia hanya hadir untuk sementara tetapi sekurang-kurangnya seseorang itu pernah membuat saya bahagia. Dan saya hargai kehadiran setiap insan dalam hidup saya. Setiap orang perlu menghargai cinta masing-masing kerana ianya hanya hadir sekali dalam seumur hidup. Apabila ia hadir dan kita tidak pedulikannya, maka ia akan pergi. Dan apabila ia pergi amat sukar untuk datang kembali. Menerima seseorang apabila kita betul-betul ikhlas untuk menerimanya.

No comments:

Post a Comment

L.O.V.E