Sunday, April 25, 2010

Kenapa Aku Masih Solo

Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk keseberang. Kalau panjang jambatannya, jauhlah perjalanan kita. Ada orang jodohnya cepat sebab jambatannya singkat.

Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa-apa kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda dalam doa-doa lewat solat. Allah itu Maha Mendengar.

Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Yakinlah pada janji-Nya kerana kita orang yang beriman. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr. Right dan biar seorang diri daripada menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.

Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya,
apabila kita benar-benar mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga datang bersama masalah.

Kita juga selalu melihat orang memandu kereta mewah dan terdetiklah dihati kita, alangkah bahagianya orang itu. Hakikatnya, apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah, kita ditimpa pelbagai karenah. Tidak mustahil pula orang yang memandu kereta mewah terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh dihadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang motosikal itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta.

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar-benar membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda pasti ada baik dan buruknya.

Demikian juga perkahwinan.
Ia baik sebagai saluran yang betul untuk melepaskan syahwat tapi ramai juga orang yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus. Ramai orang menempah neraka sebaik melangkahkan kaki kea lam berumahtangga.

Bukankah dangan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin,
tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut bertambah? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?

Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asal impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu bergelar ibu ayah, belajarlah dulu. Jika belum bersedia untuk bersabar dengan karenah anak-anak, carilah dulu kesabaran itu.

Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi setelah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar-benar mengerti segala tuntutannya.
Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus-putus bagi yang menjadikannya gelanggang untuk menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan – bagi yang mengetahui rahsia-rahsianya.

Berkahwinlah demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong-lorongnya agar jemputan itu mudah sampai.

Kadangkala Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya, kemana menghilangnya sinar. Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi.

Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi ada imbas kembali. Hati remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada.

Kekayaan yang paling kaya adalah akal, kemiskinan yang paling besar adalah jahil, keburukan yang paling hodoh adalah sesat. Tidak berguna adanya mata andai tidak dapat melihat, tak guna adanya hati kalau tak tahu menilai.

Nilailah hati itu dengan teliti sebelum pergi mengundur diri kerana segalanya bermula dengan niat yang bertempat di hati.

Wednesday, April 21, 2010

It's time to change everything

Actually da lme nk berubah.. & perubahan demi perubahan berlaku lately ni..Alhamdulillah segalanya berjalan dgn lancar..Cuma study je xmaju2 lagi.Myb ambik ms yg agak lama nk memajukan diri dlm pelajaran..Nk katakan result teruk xla sgt tp still xberpuas hati dgn pe yg dpt..Bkn pe..Org sume berlumba lumba nk dpt ... tp ak juz dpt ... So y not try harder utk dpt yg lebih baek..Insyaallah akan cuba study lebih smart than before..
Lately ni jgk ade beberapa org jejaka yg menawarkan diri utk mengisi kekosongan aku..But i juz can say not ready for dat thing. I'm sorry but i must do dat. For me, it's time for study, family,frens & myself.. I'm epy now & i noe this time x ssuai to say about relationship & love..wutever..Skrg ni nk berkawan..Juz fren & xlebih dr tu..Bkn bermaksud nk sakitkan hati sape2 tp diri sendiri is everything.. I think if trma someone skrg ni..Dlm keadaan ak yg xready akan lebih menyakitkan hati org..So juz fren..Abes cerita..Aku epy & org ln pun epy..Ssh nk puaskan hati sume org..Tp i'll try..

Klik kLik






Sunday, April 18, 2010

Achik Spin meninggal dunia akibat kemalangan

Jenazah Achik Spin selamat dikebumikan


SEREMBAN: Jenazah vokalis kumpulan Spin, Achik yang meninggal dunia selepas terbabit dalam kemalangan semalam selamat dikebumikan di Makam Tuan Haji Said di sini, kira-kira jam 1 tengah hari ini.

Jenazah kemudian dimandi dan dikafankan di hospital itu dan dibawa dengan van jenazah ke rumah mentuanya di Taman Desa Ros, Ampangan di sini kira-kira jam 11.30 pagi bagi membolehkan kaum keluarga dan kenalan terdekat memberi penghormatan terakhir.


Jenazah disembahyangkan di surau Taman Bukti, berhampiran Taman Desa Ros dan dibawa ke tanah perkuburan kira-kira 12.00 tengah hari.


Suasana sedih dan sepi menyelubungi rumah mentua Allahyarham yang dihadiri lebih 100 orang termasuk saudara mara dan penduduk kawasan berkenaan.


Antara artis yang hadir memberi penghormatan terakhir ialah Hattan, Siti Nordiana atau Nana, Tomok dan Lan Kristal.

Achik atau nama sebenarnya Abdillah Murad Md Shari yang popular dengan lagu 'Janji Kita' terbunuh apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dinaiki bersama sepupunya, Salihin Md Salleh, 29, terbabas lalu terbakar dan meletup di KM14.7, Lebuh Raya Kajang-Seremban (Lekas) dekat sini kira-kira jam 6.15 petang semalam.


Isteri Allahyarham, HM Rose Zaitul Suriani Wati Maarof, 29, berkata setengah jam sebelum kemalangan itu berlaku, suaminya ada menelefon meminta beliau dan anak supaya bersiap tapi tidak pula dinyatakan hendak ke mana.


"Bagaimanpun tak berapa lama kemudian saya dapat panggilan telefon yang menyatakan suami saya meninggal dunia dalam satu kemalangan. Berita sedih yang sungguh mengejutkan," katanya.


Katanya minggu lalu beliau sekeluarga pindah di sebelah rumah emaknya selepas seminggu sebelum itu Allahyarham beriya-iya mengemas rumah itu termasuk mengecatnya.


Katanya, ini akan memudahkan ibu mentuanya untuk 'melihat' isteri dan anaknya Sofia, 3 tahun dan Safia, 10 bulan," katanya.


Emak Allahyarham Badariah Awaluddin, 54, berkata kali terakhir beliau berjumpa Allahyarham dua minggu lalu di rumah salah seorang adiknya.


"Allahyarham nampak pendiam dan tidak seperti biasa. Allahyarham adalah anak kelima daripada 10 adik beradik. Suami saya (ayah Allahyarham) meninggal dua tahun lalu," katanya. Sementara itu, Siti Nordiana yang merupakan rakan rapat Allahyarham sejak kecil berkata beliau berasa amat sedih kerana dia adalah orang terakhir berjumpa Allahyarham di Angkasapuri, semalam.

Katanya Allahyarham memang tidak ada apa-apa perubahan, cuma Allahyarham lebih banyak hendak berbual dengannya, tidak macam biasa.


Semasa di Angkasapuri dia tumpang naik kereta Nana pada jam 5.30 petang semalam sebab keretanya jauh sedikit.....tahu-tahu jam 6 petang dia sudah meninggal dunia. Nana sangat sedih dan terkejut. Tambah sedih lagi semalam Nana lihat anaknya panggil ayah," katanya.


Hattan berkata, ia satu kehilangan kerana Allahyarham masih muda lagi dan aktif.


"Saya rasa sedih dan ia juga kehilangan besar buat Negeri Sembilan kerana tidak ramai penyanyi kelahiran Negeri Sembilan. Saya ucapkan takziah dan harap keluarga Allahyarham bersabar menerima dugaan ini," katanya.


Tomok, 26, pula berkata ketiadaan Allahyarham satu kehilangan besar dalam industri muzik.


"Saya amat terkejut dan sedih apabila mendapat berita itu semalam dan tidak sangka Allahyarham pergi dulu. Saya sudah lama tidak berjumpa Allahyarham iaitu sejak lebih setahun," katanya yang seangkatan dengan Allahyarham.


Lan Kristal, 25, pula berkata walaupun tidak rapat tapi terasa kehilangan Allahyarham.


"Saya dapat tahu berita kemalangan dan kematian Achik dari Siti Nordiana melalui khidmat pesanan ringkas," katanya.-Bernama

Saturday, April 17, 2010

Bahagianya Hidup!

Da lama x tulis kat blog...Ntah nape xde idea nk ckp lg..Anyway skrg kn ak tgh cuti..holiday la kn...so rehat kat umah..ptutnya kne balik muadzam 18hb ni tp ak postpone & smbung cuti smpi 25hb...hahahaa...tmbh lg semggu...sebab xcukup la cuti 2mggu je...nk tgk wayang da lepas..nk main bowling ni xlepas2 lg..huhuu..bila nk main xtaw la..

16hb result kuar..erm ak tgk result ak keciwa sgt..ln yg ak trget ln yg ak dapat..mmg la sume lepas..tp ak trget nk dpt ... tp dpt ... spe yg xfrust.. nk kata xstudy ak study je..glerr2 study smpi xcukup tido...tp study last mnute..myb dats y la rsult ak cmtu...hampir2 nk giveup la tgk result gitu..tp my fmly & frens ckp leh try lg akan dtg ni..bnyk exam lg nk tempuh..so timbul la rse ingin mencuba lg..insyaallah selagi ade peluang aku cuba gunakan...

erm slain dr tu selama cuti ni ak xjenjalan mne pon...just area2 mlka je...lepak2 ngn mber...jenjalan ngn family...tu jela...xgi lua dr mlka pon...kengkadang bosan kengkadang best..bese la tuh...tp arini kebosanan melanda sbb facebo0k xleh bkk! temporarily unavailable! aduhaiii account ak je yg xleh bkk ni..org ln leh je bkk.. it said a few hours baru leh bkk..pe diorg nk wt kat fb ak nih! adesss... cmne la klu xde fb abess la ak nk kne find sume mber2 yg ad tu..ni sume bikin hati waa panazzzz jela..dr semlm ak asik nk naek angin jerk..npe ntah la..huh..kat cni ad sum pic yg ak nk share... ^_^



Saturday, April 10, 2010

Bunga Idaman Taman

Petang tadi terlihat kepadaku sekuntum bunga. Kelopaknya indah warna warni kucuba mendekatinya tapi niatku terbantut tatkala melihat duri-duri tajam di batangnya pasti duri-duri itu akan melukai jemariku.

Aku cuba mencium baunya tetapi amat payah lantaran sukar memegangnya aku mengeluh sendiri mencari bunga cantik yang bisa kusentuh lalu kuterlihat kepada sekuntum bunga tidak jauh dariku.

Aku menghampiri bunga itu nampak cantik dari jauh kulihat batangnya, tiada berduri lalu kusentuh dan kucuba menciumnya tapi tak lama kemudian aku lepaskannya. Baunya cukup membuatkan aku loya lalu aku terdengar suara manusia lain dibelakangku; sepasang adam dan hawa sedang bermanjaan lagak mereka sungguh menjengkelkan. Aku mengumpat di dalam hati rasa marah bila hukum Tuhan tak diendahkan.

Tak lama kemudian si adam memarahi si hawa. Aku hanya melihat dari jauh seperti menonton drama di televisyen lalu si adam meninggalkan si hawa seorang diri membiarkan gadis manis itu menangis hiba sementara itu pula aku terpandang seorang hawa berpakaian serba sopan sederhana gayanya dia berjalan tidak jauh dariku.

Pakaiannya labuh tidak meransang nafsu. Alangkah senang hatiku melihatnya dia menundukkan pandangan. Adam di sisi langsung tidak menegur bukan kerana benci tetapi tanda hormat.

Aku tersenyum sendiri tiba-tiba aku teringatkan dua kuntum bunga yang baru tadi kulihat.

Aku mula bermonolog.. bunga yang berduri itu pasti susah didekati sang kumbang. Bunga yang busuk itu pasti sudah dihisap madunya oleh sang kumbang lalu kumbang itu meninggalkannya setelah puas madunya dihisap.

Aku melihat kembali ke arah dua hawa tadi lalu ku bingkas bangun.

Siapakah aku?

Aku tergolong dalam kelompok bunga yang mana?

Tiba-tiba aku menangis merenung sifat sendiri...

Ya Allah! jadikan aku bunga idaman para mujahid...Bunga idaman agama! Aku mahu kelopakku indah tanpa sedikitpun kotoran..Jadikan aku wanita solehah, wanita mukminah!

Moga diriku seperti Khadijah, Masyitah, Aisyah, Muthiah dan Ainul Mardiah! Aku ingin menjadi bunga idaman Islam.

Ketenangan Yang Dicari

Sesungguhnya setiap manusia itu mempunyai kesungguhan dalam melakukan setiap perkara atau perlakuan yang dikehendaki. Namun begitu, adakah mereka menggunakan akal fikiran dalam melakukan sesuatu perkara.

Sesetengah manusia memikirkan sesuatu perbuatan itu baik untuk dirinya walaupun mendatangkan kemudaratan kepada orang lain. Sesetengah manusia pula memburukkan sesuatu perbuatan itu dengan alasan akan mendatangkan kemudaratan terhadap dirinya dan orang lain. Di situlah kita lihat manusia itu mempunyai epemikiran masing-masing yang kita tidak pasti apakah pemikiran baik untuk kita ataupun sebaliknya?



Seorang ketua negara yang memberikan arahan kepada rakyat jelata dengan dasar-dasar yang dibuat olehnya sendiri, seorang raja yang sentiasa menjadi lambang kepada kerakyatan masyarakat, ketua pengarah yang sentiasa mengarah pekerjanya melakukan pekerjaan, seorang ketua parti yang sentiasa optimis dengan perjuangan parti atau sebagainya. Pernyataan tersebut seringkali dipersoalkan oleh manusia-manusia sedang mencari kedamaian dalam hati. Perjuangan yang dilakukan sebenarnya hanyalah ingin menenangkan ketidaktenangan dalam diri mereka.

Mereka inginkan kepastian, apakah golongan-golongan atasan dalam pernyataan tadi ikhlas dan telus dalam melaksanakan tugas dan peranan serta tanggungjawabnya? Adakah mereka menggunakan orang bawahan sebagai manusia yang seperti 'lembu dicucuk hidung'? Adakah mereka sedang bersenang-lenang sekarang sedangkan rakyat menanggung seksa? Dan banyak lagi persoalan yang sering bermain-main di pemikiran manusia-manusia yang sedang mencari ketenangan ini.

Sesungguhnya mereka inginkan yang terbaik untuk diri mereka, masyarakat mereka, bangsa mereka, agama mereka dan negara mereka. Disitulah konsep nilai itu wujud. Persoalan demi persoalan telah diajukan. Pihak yang berkenaan juga telah menjawab tohmahan demi tohmahan yang dilemparkan dengan pelbagai hujahan yang bernas besertakan bukti dan fakta yang menarik.

Namun, adakah itu sudah cukup memberikan ketenangan kepada manusia-manusia yang mencari ketenangan tersebut? Persoalan yang timbul pula kini adalah, apakah mereka tidak tahu bersyukur? Adakah mereka hanya mahukan jawapan yang pasti atau mereka hanya mahu menentang habis-habisan dan menafikankan dengan apa yang telah lengkap sedia ada? Persoalan demi persoalan langsung tidak mampu dijawab oleh kita yang semakin bijak pandai ini.

Ahli Antropologi yang sentiasa mengkaji bidang kebudayaan manusia ini juga gagal menemui pendekatan teoretikal yang dapat menerangkan situasi ini. Adakah pemikiran manusia kini semakin kompleks dan rumit? Jawapan yang mudah bagi soalan ini adalah 'ya', tetapi tiada bukti, hujahan serta fakta selanjutnya.

Hati semakin gelisah, tidak tenang, gusar dengan sesuatu. Sehinggakan perkara yang baik dikata tidak, yang buruk dikata baik, dan paling menyedihkan, sesetengah manusia itu seringkali menyalahkan manusia lain yang sama agama, sama bangsa mahupun sama negara. Yang tidak baik itu seharusnya kita yang berakal tinggi ini membetulkannya dan menjadikannya pengajaran kepada semua, dan bukannya menentang dan tamakkan harta dan kuasa. Berfikirlah wahai manusia, siapakah kita di Bumi Allah ini.

Kita sebagai seorang khalifah dan juga hamba yang hina lagi keji di sisi-Nya ini perlulah tunduk dan taat kepada perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya. Kembalilah kepada agamamu wahai manusia yang mencari ketenangan. Insya-ALLAH, kegelisahan akan dapat dipadamkan, ketidaktenangan dapat dihapuskan, serta kegusaran dapat diruntuhkan. Sesungguhnya, KETENANGAN yang dicari akan terus kekal bersemi di dalam hati setiap hamba yang sentiasa tunduk dan sujud kepada ALLAH.


Cara Mengatasi STRESS

LANGKAH 1: Fahami Punca Stress
  • Ketahui punca yg menyebabkan stress
  • Cari masalah dalam diri 1 persatu
  • Cuba mengubah rutin dan kebiasaan yang dilakukan sehingga menyebabkan ketegangan
LANGKAH 2: Letakkan Keutamaan
  • Senaraikan keutamaan yang dilakukan
  • Jangan melakukan semua pekerjaan tanpa memberi keutamaan kepada yang lebih penting
  • Bertindak mengikut keutamaan untuk mengelakkan kita tidak membuang masa dan melakukan sesuatu yang merugikan

LANGKAH 3: Selesaikan masalah 1 persatu
  • Selesaikan masalah kecil sebelum menjadi lebih besar
  • Cuba selesaikan masalah pada waktu yang sesuai
  • Dapatkan interaksi dan komunikasi yang lebih berkesan kerana ia boleh menyelesaikan pertelingkahan dan masalah
LANGKAH 4: Menangis
  • Titisan air mata dapat menjadi teman dan menceritakan seribu masalah
  • menangis merupakan amalan yang sihat dan dapat melapangkan tekanan minda dan jiwa
  • Wanita lebih mudah menzahirkan emosinya melalui tangisan berbanding lelaki yang lebih kerap memendam perasaan dan menganggap menangis adalah sesuatu yang mengaibkan
LANGKAH 5: Ketawa
  • Dapatkan masa untuk duduk bersama sahabat yang pandai berjenaka dan berhiburlah bersama mereka
  • Ketawa membantu meningkatkan keupayaan pernafasan dan denyutan jantung, kegiatan otot-otot dan suhu badan juga dapat diaktifkan
  • Proses ketawa boleh membantu membunag toksid di dalam badan dan darah dapat berjalan dengan lebih lancar
LANGKAH 6: Bersenam atau beriadah
  • Bersenam tidak hanya mencergaskan fizikal bahkan mental juga lapang setelah berpeluh
  • Bersenam juga boleh membakar lemak yang boleh membawa penyakit
LANGKAH 7: Menyanyi, menari & menjerit
  • Anda boleh melepaskan stress dengan menyanyi dalam bilik air tanpa mementingkan sangat seni kata lagu tersebut sambil menitiskan air mata
  • Pasang lagu yang rancak dan sesuai untuk menari sepuas hati sehingga berpeluh
  • Menjerit. Cari tempat yang sunyi dan jeritlah sekuat tenaga. Anda juga boleh mendapatkan tempat yang bising seperti di tapak pembinaan ataupun di dalam kebisingan waktu hujan dan di mana-mana mengikut kreativiti anda
LANGKAH 8: Curahkan perasaan dalam diari
  • Bila anda merasa tertekan akibat marah, sedih, kecewa dan sebagainya, tulislah segalanya di dalam diari
  • Tidak perlu mencatatkan secara detail perasaan anda. Cukup sekadar sedikit catatan
  • Kebiasaannya kita akan tertawa apabila membaca semula catitan kita itu di lain masa kerana selalunya ia terlalu remeh tidak seperti apa yang digambarkan di dalam diari
LANGKAH 9: Luahkan pada sahabat karib
  • Mungkin anda melihat masalah itu terlalu berat tetapi mungkin tidak pada sahabat karib anda
  • Luahkan pada sahabat itu perasaan anda kerana ia dapat mengurangkan bebanan stress
  • Kemungkinan masalah anda akan selesai dengan pendapat dan pandangan sahabat anda itu
LANGKAH 10: Berusaha dan berserah
  • Bertawakallah kepada Tuhan setelh kita berusaha dengan sehabis baik
  • Banyakkan melakukan perbuatan mahmudah dan menjauhkan perbuatan mazmumahserta tambahkan amalan-amalan sunat seperti puasa, sembahyang, berzikir dan sebagainya
  • Jangan biarkan hidup anda terus tertekan. Berusaha mendapatkan jalan keluar bagi setiap masalah

Monday, April 5, 2010

Hargailah Cinta...

Persoalan cinta tidak selalu dapat dinikmati. Ia datang bersama bahagia tetapi juga kadang-kadang bersama derita. Dek kerana itu, cinta sentiasa menarik untuk diperkatakan. Dalam keadaan yang baik, ia seronok untuk diceritakan, tatkala ia dalam keadaan mendukacitakan ia juga patut diceritakan.

Bercerita tentang cinta sepanjang hidup saya. Ia hanya untuk mengisi kekosongan dan hanya untuk merasa disayangi dan menyayangi. Namun saya tidak sedar bahawa cinta itu sangat indah jika kita menghargai dan menghormati antara satu sama lain. Saya mula mengenali apa itu cinta pada awal 2007 apabila saya mengenali seorang lelaki bernama K. Namun perhubungan kami hanya bertahan selama setahun tujuh bulan. Pada masa itu saya hanya mampu berdoa dan terus berdoa semoga mendapat ketenangan dan dapat menerima qada' dan qadar.

Pada hujung bulan april 2009 saya mengenali seseorang yang bernama I. Menjalinkan hubungan bersamanya banyak mengajar saya erti kehidupan. Hubungan kami hanya bertahan selama lapan bulan. Kami berpisah secara baik dan tetap berkawan sampai sekarang. Walaupun saya menyayanginya sampai sekarang namun saya hanya mampu menyayanginya saja tapi tak mampu memilikinya. Mungkin saya bukan yang terbaik untuknya. Amat perit untuk ditelan namun saya harus tempuhinya demi menjaga hati saya sendiri.

Hampir semua orang ada kisah cinta dan hampir semua orang melalui pengalaman pahit dan manis sepanjang percintaan. Walaupun ia hanya hadir untuk sementara tetapi sekurang-kurangnya seseorang itu pernah membuat saya bahagia. Dan saya hargai kehadiran setiap insan dalam hidup saya. Setiap orang perlu menghargai cinta masing-masing kerana ianya hanya hadir sekali dalam seumur hidup. Apabila ia hadir dan kita tidak pedulikannya, maka ia akan pergi. Dan apabila ia pergi amat sukar untuk datang kembali. Menerima seseorang apabila kita betul-betul ikhlas untuk menerimanya.