Sunday, October 20, 2013

Throwback 29062013

Hello! Rasanya dah terlalu lama sangat tak meng"update" blog ni. Rasa macam tak cukup masa plus dah berkurun tak on laptop. Hihi. Selalu guna phone so nak ber"blog" pon malas sebab skrin tak sebesar laptop and tak rasa puas bila ber"blog" guna phone. Haaa so bila berkesempatan dan ada kerajinan baru la dapat update macam hari ni =)
Ok so entry ni throwback to 29062013. Kenangan buat aku & dia. Even dah berkurun bulan pun moment tu still segar dalam ingatan. Orang kata macam semalam la. Haha. Have a few pictures to share here!


Ni cincin waktu merisik 08062013. During the risik merisik day ni, bincang la segalanya. So bila bertunang tu tak banyak soal jawab sangat sebab semuanya dah terjawab during risik day. Dalam masa 3 minggu lepas merisik ni kena buat preparation untuk bertunang. Tak ke pecah kepala nak fikir semua benda. Ni baru bertunang. Belum majlis lagi. But alhamdulillah semua berjalan smoothly. Thanks sangat pada semua yang bertungkus lumus dalam majlis pertunangan ni.


Ni la dia cincin pertunangan. Cantik sangat. Nak dijadikan cerita, cincin merisik + bertunang ni kami tak cari sama-sama pun. Tak tau pun rupa bentuk cincin-cincin ni. Tapi nasib baik aku ni jenis tak kisah. Asalkan dia ikhlas ye tak? Pada hari merisik dan hari bertunang la baru aku tengok rupa cincin tu. Haha. Pandai jugak cik abang ni pilih. 


Alhamdulillah..... Officially I'm engaged! Ketaq bak hang time ni. Tuhan je yang tau perasaan gelabah aku time ni. Kena la control ayu sebab depan orang ramai kan. Haha! Dah la tak selalu duduk bersimpul. Nampak sangat pelik cara duduk aku ni. Hihi. Maluu. 


Tadaaaaaaa! He is my fiance! After 3 years 1 month 24 days, we decide to engage and 29062013 is the date!


Hehe. Nak jugak picture sendiri. Thanks to my photographer + my cousin. Really appreciate!


With his family. Masa ni rombongannya semua tengah menjamu selera. So adik beradik jela. Thanks for coming! =) My family, biasa la busy layan tetamu. Jadinya, picture with them tak sempattt. =(

***Pelamin and hantaran by my sister
***Photographer by my cousin
***Catering by my mom's friends tak ingat apa nama =)
***Kemas mengemas by my family
***Thanks a lot to all of them!
^_^





Monday, April 15, 2013

;)


Distance makes my love stronger each day. There are a million miles between us but I feel your presence around me all the time. You are so far away from me but yet so close to my heart. It’s amazing that everyday and night I can spend blissful moments wrapped around your soul by just closing my eyes. It’s the beauty of our soulful love that even though we have miles between us and we cannot spend time together we are one in our heart and soul. Even from a distance I cherish the divinity of our togetherness as if we were never apart. I think it’s because we are spiritually, mentally and telepathically connected and we are able to love one another completely. I love you for being the wonderful person that you are and for the beauty you bring into my life just by being connected to me 24/7. I am blessed to have you in my life. I couldn't have asked for more.. -Aarti Khurana-


-xoxo-

Friday, April 5, 2013

2 Years 11 Months

Happy Anniversary love! Dah lama tak update our anniversary. Busy + Mls. :) alhamdulillah kita dah hampir cecah tahun ke 3. So far I'm happy with you. Happy sangat. You can be my friends, my love and you're very supportive + understanding. Really appreciate that. Thanks a lot dear. InsyaAllah kalau diizinkan-Nya kita akan melangkah to the next stage. Amin. Semoga Allah permudahkan setiap urusan kita dan semoga Dia memberkati setiap perbuatan kita. InsyaAllah. Really miss you..! Every year our anniversary you're not here. Not in Malaysia. Sedih. Tapi you tak pernah lupa our date and akan sentiasa wish dalam email kita. Thanks dear..!


-5510-

-XOXO-


Wednesday, March 13, 2013

Next Level?

Hello! Lama sangat dah rasanya jari jemari tak berjalan-jalan kat blog ni. Lama sangat la. Busy kerja. Maklum la dah jadi wanita berkerjaya. Hehe. Entry ni Next Level?? :) Insyaallah very soon.. Mudah-mudahan dipermudahkan oleh-Nya. Amin. Still dalam perancangan. Semoga apa yang dirancang akan menemui destinasi. Insyaallah. 

Dadaaaa!! xoxo!

Wednesday, December 19, 2012

Wednesday Yang..... Psssssssffftttttt!!

Wednesday.. Middle of the weekend. Aku tak tahu la macam mana nak describe what happened to me today! Wednesday! Haha! Memalukan diri sendiri la. Adoi malu sangat okey! Relax. Take a breath.. Fuhhhhhhh! Morning. As usual naik train nak pergi kerja. Sampai destination, aku just berpaut pada tali yang tergantung-gantung @ KTM depan pintu nak keluar tu. Dengan confident ni. Suddenly! Train tu emergency break! OMG! Aku tak terfikit la pulak yang train tu akan emergency break. Biasa tak de la over sangat emergency break dia. Pagi tadi over pulak. Sampai aku nak terjatuh! Serious aku tak tahu la macam mana reaction muka aku time nak terjatuh tu. Maluuuuu sangattttttt! Memang teruk la. Haha! Pagi-pagi dah spoil mood. Huhu. Lagi 1 hal yang memalukan. Time nak balik pulak. Tapi ni terjadinya kat tangga Midvalley. Area luar la. Aku turun tangga dengan confident nyeee. Tinggal lagi 3,4 tangga aku rasa macam nak terjatuh! Nasib baik la aku dapat control lagi. Tapi nampak jugak la macam nak terjatuh. Hopefully tak de sapa perasan. Tapi ramai orang kat situ tadi. Maluuu nyee.. Apa dah jadi pada aku hari ni. Adoi.. Memalukan la. Haha! Bila teringat balik nak tergelak pun ada. Tapi buat tak tahu je lah kan. Macam la korang semua tak pernah nak terjatuh depan public. Memory tu! Haha! Ok thats all yang nak dicoretkan. Miss him!

Monday, December 17, 2012

I'm Back!

OMG OMG OMG!!! berhabuk sungguh la blog me ni. Almaklum la me busy lately ni. Sejak-sejak dah bekerja ni sampai tak ada masa nak mengadap blog lama-lama. Nak menyinggah pun tak sempat. Busy sangat tu.. Ni seminggu pun tak cukup nak bersihkan habuk-habuk yang menyerang. Hihi! BTW I'm back!So after this me will update my blog everyday (hopefully) and will share everything about my life and everything here! Okey! Chauu! Haaaaaccccccuuuuuummmmmm!!


Thursday, August 16, 2012

Alhamdulillah

Syukur alhamdulillah berkat bulan puasa ni akhirnya I got the job! =) Syukur sangat.. Hampir sebulan me become penganggur. Hehe. Berkat usaha attend interview sana sini, at last got a call and she offer me the position! Alhamdulillah. Tu la yang terkeluar dari mulut aku masa dapat call tu. 1st aku seronok sangat sebab status penganggur akan berakhir,2nd aku seronok sangat sebab aku dapat position HR Assistant. Pernah tefikir susah nak dapat position in HR memandangkan tak de pengalaman lagi. But aku silap tafsir kot. Ade juga rezeki aku in HR. Alhamdulillah. Tapi sedih sebab dapat beraya seminggu je kat kampung... 24th kena pergi office nak sign contract.. 27th August dah kena start kerja.. Offie hour 8.30am - 6.00pm.. Hmmm.. Beraya kat KL la nampaknya.. Tak pe la. Berkorban sikit untuk masa depan. Asalkan dapat la beraya seminggu kat kampung drpd tak de langsung kan? So kena prepare mental and fizikal la. Bangun pagi, naik train pergi kerja.. Balik petang, sampai rumah may be lambat.. Sesak dengan manusia.. =)

Happy Birthday Darling


15 August 2012 genap my love 24th years old.. Dah tua la. Hehe. Happy birthday love! Cake kat atas ni pemberian from me la =) Sorry dear sebab I just giving u a simple and small cake. U kena faham because I penganggur buat masa ni.. So income tak berapa nak banyak.. Haha! Insyaallah tahun depan I can give u more than this.. Yang penting u appreciate it =) hehe. Kalau beli yang besar pun larat ke u nk habiskan?? mst x kan.. hehe
So in ur birthday, I doakan semoga u dipanjangkan umur, dipermurahkan rezeki, happy selalu and yang paling penting sentiasa diberkati-Nya dan dilindungi-Nya... Amin... Luv u!

Thursday, August 9, 2012

Menyesal

Ya Allah! Kenapa la baru sekarang aku realize about that. Kenapa tak dari dulu lagi kan. And now dah tak de ape yang boleh diubah lagi. Nasi dah jadi bubur. Ehh belum jadi bubur. Tapi dah hampir nak jadi bubur. Hmmm. Menyesal sekarang dah tak de guna lagi kan. Jadikan pengajaran untuk future je. Betul ke pe keputusan yang aku buat ni? Hmmm.. dilemaa. Hate it!